Kelly Kekal Pendahulu Selepas Pusingan Kedua

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain amatur utama negara Kelly Tan meneruskan aksi cemerlang bagi mengekalkan status pendahulu pada hari kedua Kejohanan Golf Terbuka Wanita Amatur Malaysia (MLAO) di Kuala Lumpur Golf & Country Club di Bukit Kiara di sini.

Pada pusingan kedua hari ini, beliau melakarkan catatan satu bawah 70 untuk mengumpul lima bawah par 137, kelebihan hanya satu pukulan ke atas pencabar terdekat Princess Mary Superal dari Filipina.

"Pusingan pada Rabu bukan semudah seperti semalam kerana keadaan lebih berangin khususnya dalam beberapa lubang terakhir," katanya pemain berusia 19 tahun dari Johor itu kepada pemberita di sini.

Beliau memulakan saingan dengan pukulan birdie pada lubang pertama par empat dan menambah dua lagi birdie pada lubang ketiga dan kelima sebelum mencatatkan bogey di lubang keenam.

Pada saingan sembilan lubang terakhir, Kelly, bekas juara 2011, melakukan satu bogey pada lubang ke-14 untuk menamatkan saingan dengan catatan 70.

Dalam pada itu, Mary Superal melakukan catatan tiga bawah 68 untuk mengumpul empat bawah 138 pukulan manakala rakan senegara Cyna Rodruguez menduduki tangga ketiga dengan jumlah pukulan satu bawah par 141.

Keputusan pendahulu pusingan kedua:

137 - Kelly Tan (MAS) 67-70;

138 - Princess Mary Superal (PHI) 70-68;

141 - Cyna Rodriguez (PHI) 69-72;

143 - Gurbani Singh (IND) 74-69; Pauline Del Rosario (PHI) 70-73;

144 - Ashley Ona (AUS) 73-71, Pannarat Thanapolboonyaras (THA) 72-72;

145 - Sherman Santiwiwatthanaphong (THA) 75-70, Gavrilla Arya (INA) 74-71, Parinda Phokan (THA) 72-73, Michelle Koh (MAS) 71-74. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan