Juara Bertahan Indonesia Tak Sertai Pra-Sukan SEA 2013

Diterbitkan: Selasa, 21 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mendapat kelebihan memburu pingat emas dalam acara lepas beramai-ramai lelaki pada Sukan SEA Myanmar 2013 Disember ini apabila tiga negara kuat dalam acara berbasikal itu tidak menyertai kejohanan pra-Sukan SEA yang bermula di Naypyitaw, Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Acara Berbasikal Sukan SEA 2013, Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata juara bertahan Indonesia memutuskan untuk tidak mencuba laluan sebenar di Naypyitaw yang dianggap mirip kepada keadaan rupa bumi di Subang, Indonesia.

Beliau berkata Filipina dan Vietnam pula tidak memberi alasan untuk tidak menghantar barisan pelumba elit mereka ke Naypyitaw namun dipercayai mereka mungkin mempunyai masalah kewangan.

Abu Samah, dalam kenyataan di sini Isnin, berkata hanya Malaysia, Thailand, Singapura dan Brunei akan menyertai acara tersebut yang dijadualkan berlangsung, Khamis ini.

Bagaimanapun, skuad elit wanita Filipina dan Vietnam sudah tiba di Naypitaw, kata Abu Samah, yang Naib Presiden Persekutuan Basikal Asia (ACC).

Sementara itu, jurulatih skuad lebuh raya negara, Aminuddin Sulaiman menganggap ketiadaan tiga negara tersebut khususnya Indonesia masih dianggap sebagai satu cabaran getir kepada anak buahnya.

"Saya percaya kita ada kemenangan psikologi sekarang dan saya yakin bahawa anak buah saya mampu mendominasi acara lepas beramai-ramai lelaki dengan ketiadaan pelumba dari Indonesia, Filipina dan Vietnam," katanya.

Bagaimanapun, katanya Thailand mampu memberi saingan kepada pelumba berpengalaman Muhammad Rauf Nur Misbah.

Aminuddin juga menganggap penyertaan pada kejohanan itu akan memberi kelebihan kepada anak buahnya kerana mereka dapat memahami keadaan laluan sebenar berbanding dengan pelumba lain.

Sementara itu, Muhammad Rauf, selaku kapten pasukan, meminta rakan sepasukannya mengambil kesempatan terbaik dengan ketiadaan pelumba Indonesia, Filipina dan Vietnam untuk mengucup pingat emas dalam acara elit lelaki.

"Ia pasti memberikan satu kekuatan dan kemenangan psikologi kepada pelumba negara apabila acara sebenar dipertandingkan, Disember nanti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan