Saya Tidak Salahkan Pemain - Nor Azlan

Diterbitkan: Isnin, 20 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun kecewa dengan kegagalan pasukannya meraih gelaran juara Piala TNB 2013, pengendali Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Azlan Bakar tetap optimis dan tidak menuding jari kepada anak didiknya atas kegagalan tersebut.

TNB terpaksa melupakan hasrat membawa pulang trofi berprestij itu setelah tewas 1-2 kepada juara bertahan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Ahad.

Nor Azlan berkata, walaupun kecewa dengan kegagalan pemain harapannya Faizal Saari menyempurnakan pukulan penalti pada minit ke-24, beliau tidak menyalahkan pemain yang pernah menyumbang 17 gol untuk TNB itu.

"Bagi saya kegagalan Faizal Saari menjaringkan gol adalah satu 'turning point' yang terpaksa ditanggung oleh TNB apabila kita tidak berjaya menambah jaringan selepas KLHC menyamakan kedudukan menerusi Mohd Syamim Mohd Yusof pada minit ke-20.

"Apa pun saya tidak salahkan pemain TNB kerana kita sudah merancang corak permainan dan berjaya mencipta beberapa peluang dan ruang untuk menjaringkan gol namun masih gagal untuk menambah jaringan.

"Kita berjaya dahului KLHC pada babak pertama perlawanan apabila Amir Farid Ahmad Fuzi menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-8, namun kita gagal menyekat kebangkitan pasukan lawan," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Beliau berkata, tidak banyak perbezaan antara perlawanan pada Ahad dengan perlawanan sebelumnya kerana pasukan TNB sudah bermain dengan baik namun nasib sekali lagi tidak menyebelahi mereka.

Mengulas mengenai persembahan pasukannya, Nor Azlan berkata, perlawanan semalam menunjukkan beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Saya dapat melihat kelemahan pada bahagian pertahanan sehingga menyebabkan pasukan lawan berjaya mendapatkan lima sudut penalti dan satu penalti yang menyebabkan TNB tewas akhirnya.

"Kita sudah kecewa tiga kali dan ini merupakan satu cabaran buat pemain-pemain TNB untuk terus berusaha dengan lebih gigih pada tahun hadapan dengan memperbaiki kelemahan yang sedia ada di samping memperkasakan barisan pertahanan kita," katanya.

Selaku naib juara, TNB menerima RM50,000, manakala juara bertahan tiga kali berturut-turut, KLHC membawa pulang trofi juara keseluruhan dan hadiah wang tunai RM70,000. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan