Kevin Cipta Rekod Kebangsaan Dalam Acara 400 Meter Gaya Bebas

Diterbitkan: Isnin, 20 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gaya Kevin Yeap beraksi dalam acara 1,500 Meter Gaya Bebas Lelaki pada Kejohanan Renang Akhir Terbuka Malaysia, Ahad.
Gaya Kevin Yeap beraksi dalam acara 1,500 Meter Gaya Bebas Lelaki pada Kejohanan Renang Akhir Terbuka Malaysia, Ahad.

KUALA LUMPUR: Perenang negara Kevin Yeap dari Perak mencipta rekod kebangsaan dan rekod kejohanan apabila merangkul emas dalam acara 400m gaya bebas pada Kejohanan Terbuka Malaysia ke-56 di sini, Ahad.

Perenang berusia 24 tahun itu melakarkan masa tiga minit 53.26 saat untuk memadam rekod kejohanan 3:54.55s yang dicatatkannya tahun lepas serta rekod kebangsaan 3:53.99s milik perenang Sarawak Daniel Bego pada Sukan SEA Laos pada 12 Dis 2009.

Daniel, yang merangkul pingat perak, mencatatkan masa 3:58.87s.

Pingat gangsa dimenangi oleg perenang Sarawak, Vernon Lee dengan masa 3:58.87s.

"Saya gembira dapat mencipta rekod kebangsaan. Daniel telah memaksa saya dengan memberi saingan sengit. Saya gembira kerana Daniel telah kembali ke tahap asal selepas menjalani pembedahan bahu.

"Kali terakhir saya menghampiri catatan masa dengan Daniel ialah pada Kejohanan Terbuka Malaysia, Sukan SEA dan kejohanan Asia di Dubai...saya ingat catatan masa melebihi tiga minit 54 saat," kata Kevin.

Beliau akan memburu pingat emas kedua esok dalam acara kegemarannya iaitu 1,500m gaya bebas.

"Harap saya dapat melakukan satu lagi catatan terbaik esok...kalau boleh akan cuba rekod kebangsaan pada Kejohanan Dunia nanti," katanya.

Rekod kebangsaan acara 1,500m gaya bebas iaitu 15:23.61s masih dipegang oleh Jeffrey Ong yang dilakukan pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) pada 21 Julai, 1991 di Sheffield, United Kingdom.

Kevin sudah pun layak dalam acara 400m dan 1,500m gaya bebas ke Kejohanan Dunia di Barcelona, Sepanyol, dari 19 Julai hingga 4 Ogos ini.

Selain Kevin, perenang India Sandeep Sejwal, perenang wanita seior Siow Yi Ting dan perenang negara Khoo Cai Lin turut mencatatkan rekod kejohanan dalam acara masing-masing.

Selepas saingan tiga hari, Selangor mengungguli carta pungutan pingat dengan 11 emas, lapan perak dan sembilan gangsa diikuti Negeri Sembilan dengan pungutan lima emas.

Hong Kong menghuni tangga ketiga dengan tiga butir emas, tiga perak dan dua gangsa.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan