Kelly Tan Yakin Capai Prestasi Baik Di Amatur Terbuka Wanita Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 20 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain golf amatur kebangsaan terkemuka, Kelly Tan Guat Chen yakin akan mencapai prestasi baik di Amatur Terbuka Wanita Malaysia (MLAO) 2013 yang bermula di Kuala Lumpur Golf and Country Club di sini Selasa.

Dengan ketiadaan johan bertahan, Whitney Hillier dari Australia yang kini menjadi pemain professional, Kelly mula dilihat sebagai favorit untuk merangkul kembali mahkota individu, yang dimenangi beliau pada 2011.

"Saya menyertai kejohanan ini dengan kerangka minda untuk menang dan berdasarkan siri beberapa keputusan saya baru-baru ini termasuk Amatur Terbuka Sarawak bulan lepas, saya yakin akan melakukan prestasi baik," kata pemain dari Johor berusia 19 tahun itu dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Kelly akan bermain bersama pemenang piala Ratu Sirikit Michelle Koh dan Iman Ahmad Nordin dari Amerika Syarikat dalam tim Malaysia A.

Kejohanan perdana itu yang akan menyambut ulang tahunnya yang ke-30 menarik penyertaan beberapa orang amatur wanita terkemuka rantau ini termasuk Princess Mary Superal (Filipina), Tatiana Wijaya (Australia) dan Gurbani Singh (India).

Sejumlah 89 peserta dari rantau Asia Pasifik akan menyertai kejohanan tiga hari itu dan tiga set kategori akan dipertandingkan masing-masing dalam divisyen 'gross' dan 'nett' di samping acara berpasukan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan