Daniel Kembali Beraksi Selepas Jalani Pembedahan Bahu

Diterbitkan: Isnin, 20 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Daniel bersama pingat yang dimenanginya dalam acara 100 Meter Terbuka Lelaki dan acara 50 Meter Gaya Bebas Lelaki.
Daniel bersama pingat yang dimenanginya dalam acara 100 Meter Terbuka Lelaki dan acara 50 Meter Gaya Bebas Lelaki.

KUALA LUMPUR: Perenang negara, Daniel Bego (gamabar) berharap kececeraan yang dialaminya tidak lagi menjadi masalah kepada beliau untuk beraksi di kolam renang.

Pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia tahun ini yang diadakan di Pusat Akuatik Negara di Bukit Jalil, perenang berusia 22 tahun dari Sarawak itu menamatkan saingannya dengan satu pingat emas dan empat perak.

"Ia tidak terlalu teruk. Semua masa yang saya catat adalah yang terpantas sejak saya kembali berlatih. Saya amat gembira dengan prestasi saya dan itu adalah sesuatu yang positif untuk saya.

"Banyak perkara yang masih perlu saya lakukan dan saya akan terus berlatih," kata Daniel.

Beliau berehat dari kolam renang selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang di kedua-dua bahu pada April 2011.

Daniel kembali pada Disember lepas setelah menjalani rawatan pemulihan untuk beberapa bulan.

"Kesakitan di bahu saya sesekali masih terasa, terutama di bahu kanan. Bila terasa sakit, saya perlu berehat kira-kira dua hari untuk kembali pulih tetapi ia bukan satu masalah. Saya masih menjalani rawatan pemulihan," katanya.

Perenang berasal dari Miri itu telah melayakkan diri dalam acara 200m gaya bebas lelaki di Kejohanan Renang Dunia di Barcelona, Sepanyol Julai ini.

Beliau berjaya memperbaiki masa kelayakannya di Terbuka Malaysia tahun ini dengan mencatat masa 1:51.46s. Masa kelayakan untuk kategori B ialah 1:52.21s.

Bulan lepas, Daniel layak ke Kejohanan Dunia di Kejohanan Renang Peringkat Umur Kebangsaan Singapura dengan catatan masa 1:52.04s.

"Saya rasa ada beberapa lagi pertandingan selepas ini sebelum Kejohanan Dunia dan saya akan terus berusaha memperbaiki masa saya," katanya.

Selepas empat hari kejohanan Terbuka Malaysia, Selangor muncul juara dengan 13 pingat emas, 11 perak dan 12 gangsa, diikuti tempat kedua Negeri Sembilan dengan lima pingat emas dan Sabah yang memperoleh masing-masing empat pingat emas, perak dan gangsa.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan