Pandelela Tidak Dalam Senarai Pencalonan Anugerah Masum 2012

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik London tahun lepas, Pandelela Rinong Pamg, tidak dimasukkan dalam senarai pencalonan untuk Anugerah Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2012.

Timbalan Pengerusi Masum 1, Prof Dr Anuar Hassan berkata atlet itu tidak dipilih kerana beliau mendaftar sebagai pelajar Universiti Malaya pada September tahun lepas, iaitu sebulan selepas Sukan Olimpik.

Atas sebab itu, mesyuarat jawatankuasa panel pemilihan semalam membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan ratu terjun negara itu dalam senarai pencalonan, katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.

Pada Sukan Olimpik London, Pandelela Rinong merangkul gangsa dalam acara 10m platform wanita.

Seramai 12 atlet kebangsaan mendominasi senarai pencalonan Olahragawan dan Olahragawati pada majlis anugerah tersebut yang akan diadakan di Dewan Agong Tunku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pada 1 Jun ini.

Anuar berkata kriteria pemilihan calon bagi anugerah itu antara lain menetapkan atlet mesti mewakili negara atau mencapai kejayaan atau mendapat pingat di peringkat antarabangsa.

"Kriteria calon yang disenarai pendek itu bukan sahaja dilihat dari segi pencapaian cemerlang dalam sukan tetapi juga dari segi akademik dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan," katanya yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Terengganu.

Beliau berkata sebanyak 75 pencalonan telah diterima daripada kesemua 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk anugerah itu dan hanya atlet terbaik sahaja dipilih untuk disenarai pendek.

Selain dua anugerah utama berkenaan, terdapat 12 lagi kategori turut dipertandingkan iaitu Pasukan Terbaik (Lelaki & Wanita), Bintang Harapan (Lelaki & Wanita), Pengurus Terbaik, Jurulatih Terbaik, Tokoh Sukan, Anugerah Sekalung Budi, Anugerah Khas, Anugerah Rakan Sukan serta Atlet Terbaik Universiti (Lelaki & Wanita).

Calon Olahragawan:

1. Wong Keng Yinn (karate-Universiti Teknologi Malaysia)

2. Khairulnizam Mohd Affendy (perahu layar-UiTM)

3. Syed Mohamad Agil Syed Naquib (tenis-Universiti Malaysia Perlis)

4. Lim Chee Wei (karate-Universiti Sains Malaysia)

5. Muhamad Syafiq Ridhwan Abdul Malek (tenpin boling-Universiti Putra Malaysia)

6. Bryan Nikson Lomas (terjun-Universiti Malaya)

7. Mohamad Nuzul Azwan Ahmad Tarmizi (petanque-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia).

Calon Olahragawati

1. Nur Ezzaini Mohd Nor (bola jaring- Universiti Teknologi Malaysia)

2. Fatin Nurfatehah Mat Salleh (memanah-UiTM)

3. Cheong Jun Hong (terjun-Universiti Putra Malaysia)

4. Jawairiah Noordin (tenis-Universiti Malaysia Perlis)

5. A'ain Hidayah Ahmad Fuad'ad (pencak silat-Universiti Kebangsaan Malaysia).

-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan