Dua Syarat Kepada Persatuan Sukan Sebelum Ke Sukan Sea - Kok Chi

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan memperketatkan pemilihan atlet ke Sukan SEA di Myanmar, Disember ini bagi memastikan mereka yang benar-benar layak membawa cabaran negara pada temasya diwtahunan itu.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, persatuan sukan terbabit perlu mematuhi dua syarat yang ditetapkan badan induk sukan itu, sebelum mengemukakan nama atlet masing-masing untuk dipilih.

Dua syarat itu, katanya, setiap persatuan sukan perlu menganjurkan sekurang-kurangnya satu kejohanan peringkat kebangsaan, selain perlu mempunyai program latihan tersusun serta dipantau sama ada mereka sendiri, MOM atau Majlis Sukan Negara (MSN).

"Kalau mereka tidak ada (menganjurkan) kejohanan kebangsaan, bagaimana nak bertanding di peringkat lebih tinggi (di Sukan SEA)? Kita tidak mahu atlet pergi seperti pelancong atau semata-semata menyokong badan sukan (serantau) masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Dalam pada itu, Sieh berkata jumlah penyertaan atlet Malaysia ke temasya itu dijangka ditentukan pada Julai ini, selepas persatuan sukan menyerahkan senarai nama atlet masing-masing.

Katanya, kontinjen negara dijangka menghantar kira-kira 900 atlet dan pegawai ke temasya itu yang akan berlangsung di Nay Pyi Taw, Yangon dan sekitar Mandalay serta Pantai Ngwe Saung dari 11 hingga 22 Disember.

Sejumlah 33 acara dipertandingkan termasuk olahraga, akuatik, memanah, bola keranjang, badminton, tinju, bina badan, kenu, ekuestrian, bola sepak dan Muay Thai.

Selain itu, penganjur Sukan SEA Myanmar turut mempertandingkan beberapa sukan tradisional seperti kempo, vovinam dan perlumbaan bot tradisional.

Mengulas lanjut, Sieh berkata MOM kekal dengan keputusan sebelum ini bahawa atlet yang dipilih dalam kategori A akan dibiayai sepenuhnya oleh MOM dan MSN manakala atlet kategori B, persatuan perlu menanggung perbelanjaan sendiri.

Mengikut rekod, MOM akan bayar semula semua perbelanjaan jika mereka membawa pulang pingat emas atau sebahagian daripada kos perbelanjaan sekiranya mendapat pingat perak.

Justeru, beliau menasihatkan persatuan sukan supaya membuat perancangan awal dengan menyediakan peruntukan bagi membiayai atlet masing-masing, jika atlet terbabit diletakkan dalam kategori B.

Sieh sekali lagi menegaskan bahawa MOM tidak akan berlembut kali ini dengan mendahulukan wang badan induk sukan itu, kerana serik apabila persatuan sukan terbabit tidak membayarnya semula selepas atlet mereka gagal menyumbangkan pingat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan