Nor Azlan Harap Prestasi Konsisten Anak Didik Pada Suku Akhir Piala TNB

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan hoki Tenaga Nasional Bhd (TNB) berazam mempamerkan aksi terbaik pada saingan suku akhir Piala TNB bermula pada Rabu di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini.

Pasukan TNB menamatkan saingan Liga Hoki Malaysia 2013 di tempat ketiga di belakang Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) dan Maybank.

Jurulatihnya, Nor Azlan Bakar berkata anak didiknya kini lebih bersedia dalam mengatur strategi bagi menghadapi saingan kalah-mati menentang Terengganu.

"Tumpuan utama saya kini adalah untuk mempersiapkan pasukan agar berupaya mencapai prestasi konsisten sepanjang saingan kalah-mati itu nanti," katanya kepada pemberita di Stadium Hoki Nasional pada Selasa.

Saingan suku akhir pertama berlangsung pada Rabu, diikuti suku akhir kedua pada Jumaat.

Sambil berkata TNB mempunyai ramai pemain berpengalaman di bahagian pertahanan, namun beliau tetap bimbang dengan prestasi pasukannya yang tidak konsisten terutama di bahagian hadapan.

Ditanya kemungkinan TNB kehilangan tonggak utama, Faisal Saari yang cedera di lutut kiri, Nor Azlan berkata beliau masih menunggu laporan perubatan mengenai keadaan pemain itu.

Selain TNB menentang Terengganu, saingan suku akhir turut melibatkan pasukan Sapura menentang UniKL pada hari yang sama.

Pemenang perlawanan TNB-Terengganu bakal berentap dengan naib juara liga, Maybank, manakala pemenang bagi perlawanan Sapura-UniKL pula akan bertemu juara bertahan, KLHC pada peringkat separuh akhir. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan