Sharon Koh Terpilih Dalam Skuad Wanita Kebangsaan

Diterbitkan: Ahad, 28 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) menamakan Sharon Koh sebagai anggota terakhir skuad elit wanita kebangsaan.

Setiausaha Kehormat MTBC, Ban Cheng Cheah berkata MTBC bersetuju memilih Sharon selepas meneliti prestasi ketiga-tiga atlet yang bersaing untuk dipilih termasuk Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Dayang Khairuniza Dhiyana Abang Jamallidon.

Nama mereka dicalonkan Ketua Jurulatih Kebangsaan Holloway Cheah.

"Kejohanan Kebangsaan Antara Negeri menjadi ukuran terakhir bagi menentukan siapa yang layak berada dalam skuad kebangsaan.

"Bagaimanapun Dayang Khairuniza dan Siti Safiyah masih lagi berada dalam skuad persediaan negara kerana kedua-duanya akan berada dalam skuad elit simpanan," katanya.

Sharon akan menyertai lima atlet lain iaitu Shalin Zulkifli, Esther Cheah, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Jacqueline Jenelee Sijore dan Sin Li Jane dalam skuad elit kebangsaan.

Ban berkata prestasi ketiga-tiga calon yang bersaing itu dinilai menerusi kejohanan Brunswick Euro Challenge di Munich, Jerman bulan lepas, kejohanan Boling Kebangsaan ke-37 serta Kejohanan Kebangsaan Antara Negeri.

Sharon, bekas juara remaja dunia menduduki tempat ke-24 daripada 356 peserta Brunswick Euro Challenge. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan