Perlumbaan Jelajah Malaysia 2013 Ditunda Ke Jun

Diterbitkan: Jumaat, 26 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perlumbaan Jelajah Malaysia 2013 ditunda ke Jun berikutan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini, menurut penganjur perlumbaan, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Perlumbaan berbasikal tertua di Malaysia itu sepatutnya berlangsung dari 7 hingga 11 Mei ini dan kini diadakan dari 26 hingga 30 Jun ini.

Timbalan Presiden PKBM Datuk Naim Mohamad memberitahu Bernama hari ini bahawa pihaknya memohon kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) untuk meminda tarikh asal memandangkan PRU13 baru selesai dua hari sebelum itu.

Bagaimanapun, katanya, secara kebetulan UCI telah menetapkan bahawa semua kejohanan kebangsaan di seluruh dunia perlu diadakan dalam tempoh antara 17 hingga 30 Jun ini.

Naim, yang juga Ketua Pegawai Operasi Jelajah Malaysia 2013, berkata sebelum ini beliau telah mendapatkan pandangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai tarikh asal perlumbaan iaitu 7 hingga 11 Mei ini.

Beliau berkata pihak polis meminta PKBM mengambil kira faktor kawalan keselamatan perlumbaan memandangkan negara baru sahaja selesai mengadakan pilihan raya umum. "Atas nasihat PDRM, kita mengambil keputusan meminda tarikh perlumbaan," katanya.

Naim berkata Jelajah Malaysia 2013 pada asalnya melibatkan enam peringkat telah diubah kepada lima peringkat, merangkumi jarak keseluruhan 863.4km berbanding jarak asal 1,015km.

Perlumbaan peringkat pertama akan bermula dari Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil ke Rembau, Negeri Sembilan sejauh 187.7 km, diikuti Rembau-Batu Pahat, Johor (197.6 km); Batu Pahat-Pontian (94.7 km); Johor Baharu-Melaka (206.3 km); dan Melaka-Dataran Merdeka, Kuala Lumpur (177.1 km).

Perlumbaan Jelajah Malaysia 2013 mendapat pengiktirafan kategori 2.2 oleh UCI dan menjadi sebahagian daripada kalendar 2012-13 UCI Asia Tour.

Sebelum ini, edisi kedua perlumbaan Tour of Borneo telah mendapat persetujuan UCI untuk meminda tarikh perlumbaan dari 26-30 April ke 22-26 Ogos bagi memberi laluan kepaada PRU13. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan