Bintang Golf New Zealand Campbell Dilantik Duta Crest Link

Diterbitkan: Rabu, 24 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain New Zealand Michael Campbell, yang menjuarai Kejohanan Golf Terbuka Amerika Syarikat 2005, dilantik sebagai duta jenama Crest Link dan akan memakai jenama pakaian itu dalam semua kejohanan yang disertainya.

Campbell, yang meraih hadiah paling lumayan dalam acara golf, £1,000,000 (RM4.604 million) dalam kejohanan 'HSBC World Match Play', kini kembali cergas dan pada Mei lepas menjalani semula latihan di bawah bimbingan jurulatih Jonathan Yarwood selepas berehat tiga tahun.

Sejak itu, Campbell meraih kedudukan enam tempat teratas daripada 20 pemain, termasuk di tangga ketiga pada Portugal Masters Oktober tahun lepas.

Crest Link mendapat pengiktirafan sebagai jenama pakaian dan aksesori terunggul di rantau ini menerusi pembabitannya dalam beberapa kejohanan profesional terkemuka seperti Terbuka Malaysia Maybank dan Terbuka Singapura Barclays.

Campbell menyertai pemain golf profesional Australia Greg J. Chalmers, pemenang Terbuka Australia Emirates 2011 dan Kejohanan PGA Australia, yang menjadi duta jenama Crest Link sejak 2008, pemain Thailand Thaworn Wiratchant dan ramai lagi pemain golf lain yang mengenakan pakaian Crest Link dalam pertandingan antarabangsa.

Dalam kenyataan pada Selasa, Campbell berkata: "Saya benar-benar teruja menghadapi tahun mendatang dan matlamat utama saya adalah untuk berusaha menempatkan diri dalam lingkungan pemenang".

Crest Link membekalkan pakaian sukan diperbuat daripada bahan gentian mikro import yang popular dalam kalangan pemain golf kerana berupaya menyerap dan menyejat lembapan.

Sesuai dipakai dalam semua iklim termasuk persekitaran sederhana sejuk, pakaian ini didatangkan dalam pelbagai warna serta reka bentuk menarik yang bergaya, sesuai untuk semua pemain - lelaki dan wanita.

Penyertaannya dalam Jelajah Eropah seringkali membawa beliau ke Asia dan beliau amat dikenali dalam kalangan peminat di rantau ini.

Sebagai duta jenama Crest Link, sokongan terhadap beliau dan Crest Link dijangka lebih meningkat.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan