Pandelela-Mun Yee Raih Perak Di Kejohanan Terjun Siri Dunia

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara dan Olahragawati Kebangsaan 2012, Pandelela Rinong Pamg yang bergandingan dengan Leong Mun Yee berjaya meraih pingat perak pada Kejohanan Terjun Siri Dunia di Edinburgh, Scotland, Jumaat.

Gandingan Pandelela Rinong-Mun Yee mengumpul 322.20 mata dalam acara 10m platform seirama wanita, ketinggalan 16.44 mata di belakang gandingan Liu Huixia dan Si Yajie dari China dengan 338.64 mata.

Pingat gangsa menjadi milik Yulia Koltunova dan Natalia Goncharova dari Rusia dengan 308.22 mata.

Penerjun negara juga berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 3m papan anjal seirama menerusi gandingan Ng Yan Yee dan Cheong Jun Hoong.

Pingat emas dimenangi gandingan dari China, Wu Minxia dengan 332.10 mata, manakala pingat perak diraih Britain, Alicia Blagg dan Rebecca Gallantree dengan 305.28 mata.

Gandingan Ahmad Amsyar dan Ooi Tze Liang pula tidak berjaya meraih pingat dalam acara akhir 3m papan anjal lelaki. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan