Boling: Zatil Iman Rangkul Gelaran Masters Wanita Buat Julung Kali

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain pelapis elit negara Zatil Iman Abdul Ghani mempamerkan balingan terbaik untuk merangkul gelaran sulung acara Masters wanita pada Kejohanan Boling Kebangsaan ke-37 di sini pada Sabtu.

Kejuaraan Masters lelaki pula menjadi milik pemain Kuala Lumpur, Mohd Syafiq Ridhwan Abdul Malek.

Pada saingan di Megalanes, Bandar Sunway, di sini, Zatil Iman, 25, menewaskan pemain profesional negara Shalin Zulkifli 233-208 pada aksi akhir step-ladder.

Terdahulu, Shalin, yang menyandang gelaran ratu boling negara, menempah tiket ke final apabila dengan mudah mengatasi pilihan kedua Sin Li Jane 243-180.

"Saya rasa sedikit gementar ke pusingan akhir untuk berdepan dengan pemain berpengalaman seperti Shalin.

"Saya gembira dengan kejayaan ini dan mengucap terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong saya sejak pembabitan saya dalam sukan ini," katanya yang menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan sebuah piala.

Beliau berkata kejayaan ini merupakan satu permulaan baik bagi tahun ini selepas menjuarai Kejohanan Antarabangsa Kuala Lumpur ke-25 tahun lepas.

Sementara itu, Mohd Syafiq Ridhwan, selaku pilihan ketiga, berjaya mengatasi pilihan utama Zulmazran Zulkifli pada saingan dua perlawanan akhir dengan keputusan 266-242 dan 264-196.

Sebelum itu, beliau mengetepikan cabaran pemain pilihan kedua, Rafiq Ismail dengan lima pin pada saingan separuh akhir selepas melakarkan keputusan 179-174.

"Menentang Zulmazran pada final ada ulangan edisi 2009 dan kali ini saya melakukan balingan terbaik dan gembira dengan pungutan pin yang jauh lebih baik berbanding 2009," kata juara Piala Dunia Qubica AMF 2012 itu.

Atas pencapaian itu, Mohd Syafiq Ridhwan membawa pulang sebuah trofi dan hadiah wang tunai RM7,000.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan