Selepas Tiga Kali Digandingkan, Akhirnya Li Jane- Syaidatul Raih Emas

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas tiga tahun digandingkan akhirnya beregu Perak, Sin Li Jane dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi akhirnya berjaya menuai pingat emas pada Kejohanan Boling Antara Negeri ke-26.

Gandingan pemain kebangsaan dan pelapis kebangsaan itu berjaya mengumpul 2,652 jatuhan pin pada kejohanan di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway di sini, Rabu.

"Ini kali ketiga kami digandingkan dan akhirnya berjaya memenangi pingat emas. Saya merasa bangga kerana berjaya menyumbangkan pingat emas pertama buat Perak," kata Li Jane.

Beliau berkata mereka tidak memikirkan sangat persaingan tetapi menumpukan kepada corak persembahan tanpa tekanan.

Gandingan itu berjaya mengatasi saingan sengit Hee Kar Yen dan Sharon Koh dari Kuala Lumpur dengan perbezaan 40 pin. Pingat gangsa menjadi milik Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi dari Selangor dengan 2,580 jatuhan pin.

Terdahulu dalam saingan kategori beregu lelaki, pasukan Kuala Lumpur merangkul pingat emas menerusi gandingan Timmy Tan Chye Chern dan Syimir Abdul Razak.

Kedua-dua pemain itu masing-masing melakukan 1,370 jatuhan pin untuk mengumpul 2,740 jatuhan pin untuk meraih pingat emas pertama Kuala Lumpur.

"Kami sememangnya terkejut dengan kemenangan pingat emas ini memandangkan ini adalah kali pertama kami digandingkan. Pada kejohanan ini kami terpaksa bersaing dengan pemain-pemain yang lebih berpengalaman," kata Syimir.

Pasukan boling Kuala Lumpur turut meraih pingat perak melalui gandingan Muhd Rafiq Ismail dan Muhd Shafiq Ridhwan Abdul Malek dengan mengumpul 2,622 jatuhan pin, manakala pingat gangsa menjadi milik Alex Liew dan Zulmazran Zulkifli dari Selangor dengan 2,620 jatuhan pin. Sementara dalam kategori remaja lelaki, gandingan Muhd Yusuf Raof dan Muhd Firdaus Idris menambah kegembiraan skuad boling Kuala Lumpur apabila berjaya memintas di saat akhir untuk meraih pingat emas.

Mereka berjaya mengumpul 2,492 jatuhan pin untuk memintas pendahulu setakat pusingan kelima gandingan adik-beradik dari Pulau Pinang Toh Yih Sheng dan Toh Yih Hong yang sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa.

Pingat perak menjadi milik Mohd Azri Noh Shidi dan Mohd Hazwan Harman Shah dari Negeri Sembilan dengan 2,474 jatuhan pin.

Dalam acara beregu kategori remaja perempuan pula, gandingan Sharifah Munirah Syed Mohsin dan Faten Najihah Ahmad Faik dari Pahang mendominasi sejak dari awal.

Gandingan mereka berjaya mengumpul 2,425 jatuhann pin untuk pingat emas, manakala pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik beregu dari Kedah dan Kuala Lumpur.

Kejohanan diteruskan dengan acara berpasukan esok. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan