Atlet Mampu Jadi Ahli Politik Berjaya - Khoo

Diterbitkan: Khamis, 18 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penglibatan atlet dalam bidang politik bukan perkara baru di negara ini, namun tidak ramai yang dilihat mempunyai kecenderungan ke arah itu.

Menurut pengkritik sukan tanah air Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, atlet mampu menjadi ahli politik yang berjaya jika mereka memilih parti politik yang mempunyai kekuatan dan pengaruh besar.

Tidak menolak kemungkinan lebih ramai atlet akan terbabit dalam bidang politik pada masa depan, Khoo berkata pemain bola sepak antara yang paling sesuai menjadi ahli politik kerana bidang sukan itu mempunyai pengikut yang ramai.

Untuk menjadi ahli politik yang berjaya, mereka perlu menjadi seseorang yang dikenali serta mempunyai peminat dan pemain bola sepak lazimnya memenuhi kriteria ini, katanya.

Legenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Aun adalah antara atlet yang menceburi bidang itu apabila bertanding pada pilihan raya umum 1986 di kerusi Parlimen Kota Melaka namun kalah kepada Lim Guan Eng daripada DAP.

Pilihan raya umum kali ini juga menyaksikan pembabitan atlet apabila bekas pemain bola sepak kebangsaan Samransak Kram dicalonkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Pedu di Kedah.

"Jika legenda bola sepak negara (Allahyarham) Datuk Mokhtar Dahari dan (Allahyarham) Tan Sri Abdul Ghani Minhat masuk bertanding pada zaman kegemilangan mereka, saya percaya mereka boleh menang sekiranya bertanding sebagai calon pilihan raya," kata Khoo.

Sementara itu Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata MSN tidak melarang atlet menceburi bidang politik kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.

"Itu semua hak individu namun jika mereka masih lagi bergelar atlet kebangsaan, mereka perlu lebih mengutamakan soal prestasi sebelum perkara lain.

"Jika (pembabitan dalam politik) menganggu fokus mereka sebagai atlet adalah lebih baik mereka membuat pilihan untuk bersara daripada arena sukan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan