Esther Cheah Juara Kejohanan Boling Antara Negeri Ke-26

Diterbitkan: Rabu, 17 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain boling wanita negara Esther Cheah, yang mewakili Pulau Pinang, muncul juara Kejohanan Boling Antara Negeri ke-26.

Beliau melakukan 1,309 jatuhan pin pada pertandingan yang berlangsung di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway di sini Selasa.

Pingat perak dimenangi pemain Selangor Zandra Aziela Ibrahim Hakimi dengan 1,238 jatuhan pin manakala gangsa milik Sharon Koh dari Kuala Lumpur dengan 1,223 jatuhan pin.

Esther berkata beliau amat berpuas hati dengan permainannya hari ini walaupun menerima saingan sengit daripada Sharon dan Zandra.

"Saya gembira kerana momentum permainan saya secara perlahan semakin meningkat," katanya.

Ini merupakan kemenangan pingat emas acara perseorangan wanita ketiga buat pemain berusia 27 tahun itu, dengan yang pertama pada 2007 dan kedua pada tahun lepas.

"Dengan prestasi terkini, saya juga mahu mengulangi kejayaan sebagai juara kebangsaan," kata Esther, yang pertama kali dinobat juara kebangsaan kategori wanita pada 2007.

Pemain itu berharap kemenangan berkenaan akan membolehkan beliau tersenarai untuk bertanding pada Kejohanan Dunia WTBA 2013 di Nevada, Amerika Syarikat.

Sementara itu, bagi kategori lelaki, Adrian Ang merangkul pingat emas kedua buat Pulau Pinang selepas melakukan 1,363 jatuhan pin.

Pemenang pingat emas Kejohanan Piala Dunia Qubica AMF 2012 Muhd Syafiq Ridhwan Abdul Malek pula terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas ketinggalan 43 pin di belakang Adrian.

Pingat gangsa milik Tan Chen Nan dari Sabah dengan 1,278 jatuhan pin.

Bagi kategori remaja lelaki, pingat emas menjadi milik Mohd Hazwan Harman Shah dari Negeri Sembilan yang melakukan 1,304 jatuhan pin manakala perak dan gangsa masing-masing menjadi milik pemain Kuala Lumpur Yusuf Abdul Raof (1,274 pin) dan Azril Fakhree Khainih dari Sabah (1,266 pin).

Pingat emas kategori remaja perempuan pula milik pemain Pahang Faten Najihah Ahmad Faik dengan 1,181 jatuhan pin, perak diraih pemain Kuala Lumpur Nur Dayana Zuhdi dengan 1,164 jatuhan pin manakala Dayang Saleha Salleh dari Sabah merangkul pingat gangsa dengan jumlah jatuhan pin 1,159. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan