KOM Simpati Kejadian Letupan Bom di Marathon Boston

Diterbitkan: Selasa, 16 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)melahirkan rasa simpati dengan kejadian letupan bom di Maraton Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat yang dilapor mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang sementara lebih 100 yang lain cedera.

Pada masa yang sama, Presidennya Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata tiada atlet Malaysia yang dihantar menyertai acara itu, namun tidak pasti sama ada terdapat rakyat Malaysia yang menyertainya secara persendirian.

"Kita tidak ada hantar atlet negara ke sana, namun saya bersimpati dengan mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut," katanya kepada Bernama pada Selasa. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan