Berbasikal: Jelajah Borneo Ditunda Ke Ogos

Diterbitkan: Jumaat, 12 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perlumbaan berbasikal Jelajah Borneo yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 30 April ini terpaksa ditunda pada 22 hingga 26 Ogos ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Pihak penganjur dalam kenyataan hari ini berkata tarikh baharu itu dipersetujui oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) atas permintaan Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM).

Pada PRU ke-13, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April ini sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 5 Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Jelajah Borneo, Datuk Fredie Sua berkata walaupun berlaku kelewatan, mereka mengharapkan kejohanan edisi kedua kali ini akan mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

"Tarikh baharu itu tidak menimbulkan masalah kerana kami memang sudah cukup bersedia menjayakan perlumbaan ini," katanya.

Perlumbaan yang mendapat pengiktirafan status 2.2 daripada UCI itu menarik penyertaan sejumlah 20 pasukan tempatan dan luar negara

Perlumbaan lima peringkat itu akan bermula dari Semporna ke Tawau yang melibatkan jarak sejauh 102.8km dan diikuti peringkat kedua, Tawau-Lahad Datu (146.6km); Lahad Datu-Sandakan (181.8km); Sepilok-Kundasang (214.8km) dan Kundasang–Kota Kinabalu (112.4km).

Pada edisi pertama tahun lepas, pelumba New Zealand Michael Torckler yang mewakili pasukan Pure Black Racing Team, menjuarai kejohanan itu.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan