Sukan Sea 2013: Noraseela Sasar Cipta Hatrik di Myanmar

Diterbitkan: Rabu, 10 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu lari berpagar negara, Noraseela Khalid menyasarkan untuk mencipta hatrik pada Sukan SEA ke-27 di Myanmar, Disember ini.

Pelari berusia 33 tahun itu yang dibimbing jurulatih dari Afrika Selatan Hennie Kriel, yakin mampu mengekalkan pingat emas yang dimenangi pada temasya 2009 di Laos dan 2011 di Indonesia, walaupun masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan buku lali.

"Saya kini lebih menumpukan kepada proses meningkatkan kecergasan serta rentak larian saya kerana sudah lama tidak berlatih," katanya.

Noraseela berkata beliau masih menjalani latihan di padang trek Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil sebelum meneruskan latihan bersama jurulatihnya di Afrika Selatan namun perkara itu bergantung kepada kelulusan daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Mengenai kekangan kerja selaku anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Noraseela berkata majikannya sentiasa menyokong penuh dengan memberi pelepasan kepada beliau menjalani latihan secara sepenuh masa.

Berhubung program latihan yang dijalankan bersama Kriel di Afrika Selatan, Noraseela berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah kerana sudah mengetahui corak latihan yang diberikan jurulatih berkenaan.

"Saya selalunya berhubung dengan jurulatih menerusi aplikasi WhatsApp dan e-mel kerana ingin mendapatkan corak latihan terbaharu...kadang kala saya turut menelefon Kriel untuk mendapatkan bantuan dan nasihat bagi menghadapi sesuatu kejohanan," katanya.

Noraseela mencatat masa 56.9 saat di Laos dan 57.41 saat di Indonesia untuk meraih pingat emas manakala catatan terbaik beliau ialah 56.02 saat yang dilakukannya pada satu kejohanan olahraga di Regensburg, Jerman pada 2006.

Had kelayakan acara 400m lari berpagar wanita ke Sukan SEA Myanmar ialah 58.9s.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan