Lumba Basikal: Masziyaton Terus Pamer Kayuhan Konsisten TOT 2013

Diterbitkan: Selasa, 9 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba harapan negara, Masziyaton Mohd Radzi terus memperaga kayuhan konsisten apabila menduduki tempat ke-13 pada perlumbaan peringkat ke-2 kejohanan lumba basikal edisi wanita Tour of Thailand 2013 (ToT 2013) dari Phuket ke Phangnga sejauh 83.3 kilometer pada Isnin.

Pelumba cilik kelahiran Kedah itu merakam masa 2 jam 17 minit 08 saat untuk menduduki tempat ke-13 pada perlumbaan yang menyaksikan dia bersama seorang lagi pelumba negara, Nor Syazwana Mohd Jamil melakukan pemecahan bersama 11 pelumba lain tatkala perlumbaan berbaiki 11km.

Malangnya, mereka berjaya dikejar kelompok pendesak yang diketuai gabungan pelumba pasukan kebangsaan Thailand, Thailand Allstars dan Vietnam sekali gus meranapkan peluang untuk memperbaiki kedudukan berpasukan keseluruhan.

Pemenang pingat perak cross-country (rentas desa) bagi disiplin basikal bukit (MTB) pada kejohanan Pra-Sukan Sea 2013 di Naypyitaw, Myanmar bulan lalu itu kini menduduki tempat ke-14 klasifikasi individu keseluruhan (GC) dengan catatan masa 4:13:29s.

Masziyaton mengaku agak terkilan kerana gagal meloloskan diri sehingga ke garisan penamat apabila melakukan pemecahan bersama beberapa tonggak Team Hong Kong China, Taiwan dan pasukan kebangsaan Thailand pada 11km terakhir.

“Pada perlumbaan peringkat pertama semalam (kelmarin) lima pelumba melakukan pemecahan dan berjaya tamatkan perlumbaan sehingga ke garisan penamat tanpa mampu dikejar kelompok pendesak. “Hari ini saya dan 11 pelumba melakukan pemecahan pada 11 kilometer terakhir. Pada satu ketika kami mampu menjarakkan diri lebih seminit di depan. Malangnya pelumba Thailand, Thailand AllStars dan Vietnam bergabung tenaga untuk mengejar pelumba Taiwan.

“Barisan Vietnam buat demikian kerana mereka ada peluang untuk menyarung jersi kuning. Saya benar-benar hampa kerana kita ada dua pelumba pada waktu itu – saya dan Wana (Nor Syazwana).

“Akhirnya kami ditangkap pada 5 kilometer terakhir. Saya memang berasa sangat kecewa. Kalau tidak kedudukan saya akan meningkat, begitu juga kedudukan pasukan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Keperitan semalam kini memaksa jurulatih pasukan wanita Mohd Shari Mohd Noor melakukan strategi kamikaze (berani mati) dengan bakal mengerah Masziyaton melakukan pemecahan solo pada perlumbaan peringkat ketiga dan terakhir dari Phangnga ke Phuket sejauh 112km hari ini (esok).

“Inilah satu-satunya pilihan yang mampu saya fikirkan. Masziyaton melakukan pemecahan ala kamikaze demi membantu kedudukan peribadi dan berpasukan keseluruhan,” katanya.

Pengurus pasukan, Kamarul Aizad Othman pula mengharapkan anak buahnya mampu melakukan keajaiban demi memperbaiki pencapaian keseluruhan pasukan kebangsaan Malaysia secara keseluruhan.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan