Nur Jannah Galas Harapan Pingat Pada Sukan Perpaduan Islam

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun tidak pernah beraksi pada kejohanan bertaraf dunia, atlet angkat berat wanita negara, Nur Jannah Batrisyah Teh diberi kepercayaan untuk membuktikan kemampuannya pada temasya Sukan Perpaduan Islam Ketiga di Riau, Indonesia, awal Jun ini.

Penolong jurulatih skuad angkat berat negara, Mohd Faizal Baharom berkata, Nur Jannah dipilih berdasarkan pencapaiannya memecah rekod kebangsaan dalam acara 'Clean and Jerk' bagi kategori 75kg dengan angkatan 123kg pada kejohanan kebangsaan di Sabah, bulan lepas.

"Berdasarkan pencapaian tersebut, saya lihat Nur Jannah berpotensi untuk menyumbangkan pingat kepada kontinjen negara.

"Kita harap beliau (Nur Jannah) mampu melakukan angkatan yang lebih baik di Riau nanti walaupun ini adalah kali pertama kategori wanita dipertandingkan pada temasya itu," katanya kepada Bernama pada Khamis.

Mohd Faizal berkata, selain Nurjannah yang bakal beraksi dalam kategori 75kg, skuad wanita turut disertai oleh Muniada Nordin bagi kategori 48kg ke atas, Azizah Fadzil (53kg), Sharifah Inani Najwa Syed Anuar (53kg), Frenceay Titus (58kg) dan Nor Khasida Abdul Halim (69kg).

Cabaran skuad lelaki bakal diketuai oleh atlet berpengalaman, Mohd Hafifi Mansor yang akan beraksi dalam kategori 69kg, Fauzi Hasbullah (62kg), Muhammad Zafril Zulkifli (bawah 105kg) dan Abdul Azim Majni Abdul Rashid (lebih 105kg).

Mohd Faizal, yang merupakan bekas atlet angkat berat kebangsaan, berkata cabaran di Riau adalah penting bagi mempersiapkan atlet negara menghadapi Sukan SEA di Myanmar, Disember ini.

"Saya berharap temasya sukan di Riau nanti mampu memberi pendedahan terbaik kepada atlet kita kerana mereka bakal berdepan dengan dua kejohanan utama pada tahun depan iaitu Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan," katanya.

Untuk rekod, skuad angkat berat negara memenangi satu pingat perak dan satu gangsa pada edisi pertama di Arab Saudi pada 2005.

Penganjuran Sukan Perpaduan Islam Kedua di Tehran, Iran pada 2010 dibatalkan oleh Persekutuan Sukan Perpaduan Islam (ISSF) apabila negara tuan rumah gagal menyediakan kemudahan sewajarnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan