Sazali Sasar Raih Emas Pada Sukan Polis Dan Bomba Dunia Di Belfast

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh bina badan negara, Sazali Samad menyasarkan untuk memenangi pingat emas buat kali keempat pada Temasya Sukan Polis dan Bomba Dunia 2013 di Belfast, Ireland Utara dari 1 hingga 10 Ogos ini.

Mengintai peluang dalam kategori 70 kilogram, pegawai polis berpangkat sub-inspektor itu meraih emas menerusi acara sama pada tiga edisi terdahulu iaitu 2001 di Amerika Syarikat, 2007 di Australia dan 2009 di Kanada.

Sazali berkata beliau baru-baru ini menjalani latihan selama dua minggu bersama bekas jurulatihnya, Milos Sarcev dari Serbia yang pernah membantu beliau meraih perak pada Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.

"Saya bertuah dapat bertemu semula Milos selepas hampir tujuh tahun ketika saya menyertai kursus bina badan yang dianjurkan beliau di Kuching baru-baru ini.

"Sewaktu seminar berlangsung, saya sempat menjalani latihan singkat bersama Milos yang banyak membantu meningkatkan prestasi saya termasuk untuk menghadapi kejohanan penting seperti di Belfast," kata Sazali kepada Bernama Selasa.

Sazali berkata beliau tidak menjalani latihan intensif seperti kebiasaan dalam menghadapi sesebuah kejohanan kerana sedang menjalani proses pemulihan kecederaan bahu di Institut Sukan Negara (ISN).

"Berdasarkan pemeriksaan doktor baru-baru ini, didapati koyakan pada tisu bahu saya kembali berulang namun ia tidak serius...namun saya yakin ini tidak akan mematahkan semangat saya untuk mempamer aksi membanggakan pada kejohanan itu nanti," kata Sazali.

Menyentuh kejohanan lain yang bakal disertai tahun ini, Sazali berkata ia termasuk Kejohanan Mr Universe di Budapest, Hungary pada Jun, Kejohanan Mr Asia di Ho Chi Minh, Vietnam dari 27 Ogos hingga 2 September dan Sukan SEA di Myanmar hujung tahun ini.

Sebagai rekod, Sazali meraih gelaran Mr Universe pada 2000, 2004, 2006, 2007, 2009, 2010, 2011 dan 2012, dan gelaran Mr Asia pada 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010 dan 2012. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan