Harus Ada Kerjasama Majukan Sukan Golf Di Sekolah : Musa Aman

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kementerian Pelajaran dan persatuan sukan golf kebangsaan serta negeri perlu meningkatkan kerjasama bagi memajukan sukan itu di peringkat sekolah, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Musa berkata komitmen itu harus ditonjolkan termasuk menerusi Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang sekaligus menjadi platform berkesan bagi melahirkan atlet golf bertaraf dunia.

"Inisiatif ini dapat menonjolkan bakat baharu serta meningkatkan kemahiran para atlet muda melalui latihan yang intensif dan sistematik dalam mengorak langkah untuk membawa cabaran negara ke arena sukan golf antarabangsa suatu hari kelak," katanya dalam ucapan pada majlis penutupan kejohanan golf MSSM peringkat kebangsaan pada Khamis malam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun.

Musa turut memuji komitmen Kementerian Pelajaran serta semua agensi terlibat yang memainkan peranan mewujudkan kerjasama pintar bagi membangunkan sukan berprestij itu dalam kalangan generasi muda.

Pada kejohanan itu, pasukan Selangor muncul sebagai juara keseluruhan kejohanan, diikuti pasukan tuan rumah, kontinjen Sabah dan tempat ketiga dimenangi pasukan Negeri Sembilan.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan