Lumba Basikal: Terengganu Senarai Enam Pelumba Ke Sirkit Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu menyenaraikan enam pelumba ke kejohanan lumba basikal grand prix sirkit pertama Indonesia di Semarang, Jawa Tengah dari 2 hingga 8 April ini.

Jurulatih lumba basikal Terengganu Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata, mereka terdiri dua pelumba elit dan empat pelumba junior untuk menimba pengalaman.

Katanya, Mohd Badrol Hakimi Hamid, juara acara ujian masa di Grand Prix Kebangsaan di Muar, Johor dari 23-24 lepas akan mengetuai pasukan itu.

Lima lagi pelumba ialah Mohd Iskandar Ahmad Sapti, Mohd Shazwan Alif Zaidi, Abdul Aziz Zahid, Abdul Arif Abdul Rahman dan Zulkhari Hamdan.

Terengganu juga akan menghantar wakil pada sirkit kedua dan sirkit ketiga kejohanan itu, katanya kepada Bernama.

Katanya, Terengganu sedang membimbing 20 pelumba termasuk enam pelumba ke Indonesia itu sebagai persediaan untuk Sukan Malaysia (Sukma) 2014.

Beliau berkata, setakat ini pelumba berkenaan telah didedahkan dalam kejohanan Sport Excel di Perlis dan kejohanan di Muar itu dan menurutnya prestasi mereka di kedua-dua kejohanan itu amat memberangsangkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan