Dua Pelumba Basikal Kebangsaan Mantapkan Pasukan TSG

Diterbitkan: Selasa, 26 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Dua pelumba basikal kebangsaan, Zulhilmi Mohammad dan Yusrizal Usoff memperkuatkan pasukan lumba basikal profesional Terengganu (TSG) apabila mereka menyertai pasukan itu awal bulan ini.

Pegawai Eksekutif TSG, Nik Mohd Syahrom Nik Mohd Hashim berkata, kedua-dua pelumba kelahiran Cendering Terengganu itu, masing-masing berumur 21 dan 23 tahun, mewakili pasukan kebangsaan pada kejohanan Le Tour d Langkawi (LTdL) tahun ini.

Mereka meninggalkan pasukan Terengganu untuk menyertai pasukan kebangsaan kira-kira tiga tahun lepas, katanya kepada Bernama.

Nik Mohd Syahrom berharap dengan kembalinya mereka ke pangkuan Terengganu, khususnya dalam pasukan TSG, akan menyemarakkan penyertaaan pasukan itu dalam kejohanan-kejohanan yang disertai tahun ini.

Katanya buat masa terdekat, TSG akan menyertai kejohanan jelajah Filipina dan Thailand bulan depan.

Pelumba-pelumba TSG memperlihatkan prestasi yang memberangsangkan dengan memenangi beberapa peringkat kejohanan lumba basikal di Taiwan minggu lepas.

Zulhilmi ketika dihubungi berkata, beliau berminat menyertai pasukan TSG kerana ingin mencari lebih pengalaman di peringkat antarabangsa.

"Aksi pertama saya dengan pasukan baharu ini mungkin pada kejohanan jelajah Filipina nanti," katanya yang pernah mencatat beberapa kejayaan manis semasa mewakili pasukan kebangsaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan