Pasukan Hoki Terengganu Dapat Tajaan RM1.8 Juta

Diterbitkan: Khamis, 21 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan hoki Terengganu (Terengganu HT) yang julung kali akan menyertai kejohanan Liga Hoki Kebangsaan tahun ini mendapat tajaan sebanyak RM1.8 juta.

Sebanyak RM1.2 juta dari jumlah itu merupakan sumbangan kerajaan negeri manakala RM600,000 dari Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd.

Semasa majlis memperkenalkan barisan pemain Terengganu malam tadi, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata tajaan itu diharap dapat meningkatkan lagi pencapaian pasukan hoki Terengganu dalam kejohanan liga tersebut. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan