Tengku Abdullah Optimis Skuad Hoki Bangkit Pada Pusingan Kelayakan Piala Dunia

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Semua pemain kebangsaan perlu meneruskan semangat juang dan kesungguhan seperti dipamerkan pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah semangat tidak mudah mengalah wajar membara dalam diri setiap pemain walaupun dalam perlawanan persahabatan.

Walaupun sedikit hampa dengan kegagalan anak buah Paul Revington menjuarai edisi ke-22 kejohanan itu, Ahad lepas, Tengku Abdullah yakin skuad itu mampu melakukan yang lebih baik pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014.

Skuad kebangsaan bakal berhadapan dua kejohanan penting untuk meraih tiket melangkah ke Piala Dunia 2014 di Belanda.

Dua kejohanan tersebut ialah Liga Dunia pusingan separuh akhir dari 29 Jun hingga 7 Julai ini di Johor dan Piala Asia di Ipoh, Perak dari 24 Ogos hingga 1 September ini.

"Pemain perlu memupuk sikap nak menang yang mesti sentiasa ada walaupun dalam perlawanan persahabatan," titahnya kepada pemberita selepas berangkat pada majlis perasmian Restoran Pandu Lalu McDonald yang disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di sini, Rabu.

Tengku Mahkota Pahang itu, bagaimanapun, hampa dengan persembahan skuad kebangsaan pada lima minit terakhir pada final menentang Australia pada kejohanan di Ipoh, Perak, Ahad lepas.

Harapan skuad negara untuk muncul juara buat julung kali pada kejohanan itu tidak kesampaian apabila Trent Milton meledak gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan (minit ke-70) untuk membantu Australia muncul juara buat kali ketujuh.

"Ada perkara yang perlu diperbetulkan, walau bagaimanapun saya kagum dengan pemain muda, nampak peningkatan dari segi kombinasi dengan pemain lama," titahnya.

Kali terakhir skuad kebangsaan layak ke Piala Dunia ialah pada tahun 2002 di Kuala Lumpur dengan meraih tempat kelapan dan pencapaian terbaik Malaysia pada Piala Dunia adalah meraih tempat keempat pada 1975. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan