Skuad Pelayaran Negara Sertai Kejohanan Pemanas Badan April Ini

Diterbitkan: Isnin, 18 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejohanan Perahu Layar Terbuka Myanmar 2013 yang akan berlangsung di pantai Ngwe Saung dari 4 hingga 8 April menjadi medan pemanas badan buat atlet pelayaran negara menghadapi Temasya Sukan SEA Myanmar pada Disember ini.

Pengurus Besar Persatuan Perahu Layar Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata 18 pelayar negara daripada skuad elit dan pelapis telah dipilih untuk menyertai kejohanan itu.

"Saya harap pelayar negara mengguna sebaik mungkin peluang ini untuk memperbaiki kelemahan masing-masing kerana venue kejohanan tersebut adalah lokasi sama yang akan digunakan pada Sukan SEA nanti," katanya.

Mohd Afendy berkata pelayar negara sebelum ini tidak berpeluang beraksi di venue tersebut kerana pihak pengurusan tidak membenarkan orang luar masuk.

"Saya harap pelayar kita tidak kekok ketika beraksi di Sukan SEA nanti memandangkan mereka berpeluang menggunakan venue sebelum temasya bermula," katanya.

Beliau menjelaskan skuad elit utama negara tidak dapat turut sama pada kejohanan itu kerana kebanyakan mereka akan menduduki peperiksaan di institusi pengajian tinggi masing-masing awal April nanti.

Untuk rekod, ketika edisi Sukan SEA Indonesia 2011, skuad pelayaran negara gagal meraih emas sebaliknya hanya mampu membawa pulang dua pingat perak dan sebutir gangsa.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan