MSN Tidak Sasar Pingat Skuad Paralimpik Pada Kejohanan Dunia Di Bangkok

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) tidak meletakkan sebarang sasaran pingat kepada skuad memanah paralimpik negara yang akan beraksi pada Kejohanan Memanah Ranking Dunia di Bangkok, Thailand bermula pada Ahad sehingga 23 Mac ini.

Pengarah Cawangan Paralimpik MSN, Mohd Safrushahar Yusoff berkata kejohanan berkenaan sebaliknya menjadi medan awal untuk badan induk sukan kebangsaan itu mempersiapkan atlet baharu memanah paralimpik bagi menghadapi kejohanan yang lebih mencabar pada masa depan.

"Kita tidak meletakkan sasaran kepada 14 atlet yang dihantar ke Bangkok pada tahun ini memandangkan majoriti daripada mereka terdiri daripada muka-muka baharu yang dipilih daripada temasya Paralimpiad Malaysia (di Kuantan,Pahang), tahun lepas.

"Harapan kita semoga atlet muda yang dihantar pada kejohanan kali ini dapat menimba sebanyak mungkin pengalaman berguna bersaing dengan pemanah paralimpik terbaik dunia," katanya ketika ditemui Bernama selepas memberikan taklimat kepada atlet memanah paralimpik di Kompleks Sukan MSN, Keramat, di sini, Sabtu.

Sementara itu, beberapa pemanah paralimpik negara yang ditemui Bernama mahu mengutip sebanyak mungkin pengalaman berguna bersaing dengan pemanah paralimpik terbaik dunia terutamanya dari Korea Selatan dan Itali.

Fakhruddin Zakaria, 34, berkata beliau begitu teruja untuk bertanding pada kejohanan berkenan namun pada masa sama agak gementar memandangkan ia merupakan penyertaan pertama beliau pada kejohanan peringkat antarabangsa.

Pemenang pingat emas pada temasya Paralimpiad Malaysia itu tidak meletakkan sebarang sasaran sebaliknya mahu menimba sebanyak mungkin pengalaman pada kejohanan itu.

"Saya agak gementar apabila terpilih untuk mewakili negara pada kejohanan kali ini, tetapi saya akan cuba melakukan yang terbaik bagi mengharumkan nama negara," kata anak jati Terengganu itu.

Berkongsi pandangan sama ialah rakan sepasukannya, Rosnane Ibrahim, 25 yang tidak menyasarkan sebarang pingat pada penyertaan sulung beliau di peringkat antarabangsa.

"Saya percaya sukan ini mampu membantu keluarga saya yang berada di kampung dan sekiranya saya berjaya dalam kejohanan kali ini, ia adalah satu bonus bagi saya yang mula berkecimpung dalam sukan ini sejak tahun lepas," katanya yang pernah memenangi satu pingat perak pada temasya Paralimpiad Malaysia.

Nor Suhaili Yusof, 24, pula berkata beliau sudah melakukan persiapan rapi bagi menyertai kejohanan memanah berkenaan sejak sebulan lepas di negeri kelahirannya, Terengganu.

"Cabaran pada kali ini agak berbeza kerana sebelum ini saya hanya bertanding pada peringkat tempatan namun kini, saya membawa harapan lebih besar bagi mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa," katanya.

Sejumlah 14 atlet memanah paralimpik negara yang diketuai pemenang pingat perak Sukan Paralimpik London 2012, Hasihin Sanawi akan bertolak ke Bangkok pada esok untuk menyertai kejohanan memanah tahunan tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan