Sukan Sea 2017: MOM Siap Kertas Kerja Sebelum Disember Ini

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan menyiapkan kertas kerja menjelang akhir tahun ini berhubung giliran Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-29 pada 2017.

Presiden MOM Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar berkata pihaknya sedang dalam proses menyiapkan kertas kerja mengenai kos penganjuran Sukan SEA 2017 untuk dibentangkan kepada kerajaan.

Beliau berkata Malaysia perlu memberi kata putus kepada Persekutuan Sukan SEA (SGF) sebelum Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember ini.

Tahun lepas, mesyuarat SGF di Myanmar mengesahkan giliran Malaysia untuk menjadi tuan rumah sukan dwitahunan serantau itu pada 2017 berikutan tiada negara bersedia menawarkan diri sebagai tuan rumah.

Tanpa mendedahkan pendirian kerajaan Malaysia mengenai tawaran itu, Tunku Imran bagaimanapun berkata pihaknya perlu melihat kos penginapan, pengangkutan dan jumlah acara terbabit.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani kerjasama SportExcel-Majlis Sukan Negara-MILO, Rabu.

"Kami akan cuba menyenaraikan acara Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel seperti gimnastik dan akan meminta pandangan persatuan sukan kebangsaan mengenai acara lain yang perlu dipertandingkan dalam Sukan SEA," katanya.

Malaysia kali terakhir menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2001.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan