Sukan Sea 2013: Atlet Wushu Timba Pengalaman Di China

Diterbitkan: Khamis, 14 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 19 atlet wushu negara kini sedang 'berkampung' di Fuzhou, China bagi mempersiap diri menghadapi Sukan SEA ke-27 di Myanmar hujung tahun ini.

Setiausaha Eksekutif Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) Winnie Chin Kim Yoong berkata atlet wushu kebangsaan di bawah bimbingan jurulatih Yong Thong Fong itu berada di bandar tersebut dari 4 Mac hingga 1 April bagi menjalani latihan.

"Persiapan pasukan negara ini juga bukan sahaja untuk temasya di Myanmar tetapi bagi kejohanan lain sebelum Sukan SEA," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata selepas menimba pengalaman di Fuzhou, skuad negara akan ditempatkan di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi meneruskan latihan sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA.

Katanya daripada 19 atlet berkenaan, tidak semua akan dipilih ke Sukan SEA kerana hanya atlet yang benar-benar layak akan disenarai ke temasya tersebut.

"Kami harap semua atlet dapat mempamerkan aksi berkualiti serta menggunakan sebaik mungkin peluang kerana bukan mudah untuk menyertai skuad negara," katanya.

Chin berkata pihaknya juga bercadang menghantar pasukan negara menjalani latihan fasa kedua di Fuzhou pada September sebelum beraksi di Myanmar.

Pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, Malaysia meraih dua pingat emas menerusi Kevan Cheah Peng dalam acara Nan Dao dan Nan Gun lelaki serta Tai Cheau Xuen dalam acara sama bagi kategori wanita.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan