Wan Zack Haikal Bersedia Bermain Dengan Ryukyu Fc

Diterbitkan: Rabu, 13 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain skuad Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Nor bersedia untuk bermain dengan kelab divisyen tiga Jepun, Ryukyu FC.

"Saya bersedia untuk bermain dengan kelab berkenaan kerana saya yakin dapat mempertingkatkan mutu permainan saya," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam meraikan pemain-pemain Harimau Muda A bersama media di sini, malam Selasa.

Menurut Wan Zack Haikal, beliau berharap dapat bermain dengan baik bersama kelab itu sekiranya terpilih.

"Apabila berpeluang bermain dengan kelab divisyen tiga Jepun itu, saya turut menyimpan impian untuk meneruskan kerjaya saya dalam kelab divisyen satu Jepun," katanya.

Sebelum ini Wan Zack Haikal dan seorang lagi pemain skuad Harimau Muda, Wan Zaharulnizam Zakaria disebut-sebut bakal dipancing Ryukyu FC selepas wakil kelab berkenaan menilai pemain Harimau Muda dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia serta perlawanan persahabatan di Laos dan sesi latihan di ibu negara.

Selain kedua-dua mereka, kelab berkenaan juga dikatakan turut berminat untuk mengambil beberapa pemain lain.

Wan Zack Haikal dikatakan hampir pasti mendapat tawaran bermain dengan kelab Jepun berkenaan untuk tempoh selama dua tahun, bagaimanapun masih belum ada sebarang kata putus.

"Kamu (media) kena tunggu sikit masa lagi. Saya tidak boleh bercakap apa-apa sekarang," kata Pengurus Besar Ryukyu FC, Kaneko Tatsuhito kepada pemberita. "Apa yang boleh saya katakan sekarang ialah saya telah melihat mereka bermain dalam kelayakan Olimpik dan saya tahu Malaysia mempunyai pemain yang sangat baik. Saya mahu mengambil peluang ini untuk mengambil beberapa pemain Malaysia bemain di dalam kelab saya.

"Beri kami sedikit (masa) lagi. Kami akan mengumumkan nama mereka. Semuanya bergantung kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), tambah Tatsuhito. Delegasi daripada kelab Jepun itu berada di Malaysia untuk membincangkan isu kontrak kedua-dua pemain sayap kebangsaan itu. "Segala keputusan saya akan serahkan kepada FAM dan pengurusan Ryukyu, namun ia akan diketahui sebelum kami bertolak ke Slovakia pada pagi 16 Mac nanti. Itulah antara satu sebab mengapa mereka datang ke sini," kata jurulatih skuad bawah-23 tahun negara, Ong Kim Swee.

Menurut beliau, beberapa garis panduan perlu diberi perincian dengan klausa-klausa tertentu supaya insiden pemain kembali ke tanah air sebelum tamat kontrak tidak berulang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan