Fatehah Pungut Emas Acara Pecut - Sukan Ekstra | mStar

Fatehah Pungut Emas Acara Pecut

Diterbitkan: Isnin, 11 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA trek wanita negara, Fatehah Mustapa berjaya meraih pingat emas dalam acara pecut pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2013 di New Delhi, India, pada Isnin.

Ia adalah pingat emas pertama yang disumbangkan oleh pelumba elit negara dalam kejohanan berkenaan selepas skuad pelapis meraih dua pingat emas pada hari pembukaan, Khamis lepas.

Selepas merangkul gangsa dalam acara 500 meter ujian masa semalam, Fatehah dari Hulu Terengganu, itu mengalahkan pelumba China, Shi Jingjing dalam saingan akhir di Velodrom Indira Ghandi.

Kejayaan itu sekali gus menebus kekecewaan Fatehah meraih pingat perak pada kejohanan edisi lepas di Kuala Lumpur, tahun lepas.

Dalam pada itu, Malaysia turut meraih pingat gangsa menerusi Farihah Shahwati Mohd Adnan dalam kategori remaja perempuan pula selepas mengalahkan pelumba Korea Selatan, Im Sarang.

Pingat emas bagi kategori itu dimenangi pelumba Korea Selatan, Jang Yeonhee, manakala pingat perak menjadi milik pelumba India, Deborah. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan