Coquard Kuasai Peringkat Kelapan LTDL Dalam Hujan

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANAH MERAH: Pelumba Perancis Bryan Coquard dari Team Europcar mengungguli peringkat kelapan jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 yang berakhir di sini Khamis.

Perlumbaan sekali lagi diganggu oleh hujan beberapa kilometer sebelum garisan penamat.

Pelumba berumur 20 tahun ini mengatasi pelumba pasukan Omega Pharma-Quickstep iaitu Andrew Fenn dan pelumba pasukan Vini Fantini-Selle Italia, Francesco Chicchi di garisan penamat dengan catatan 3 jam, 36 minit dan 47 saat.

"Saya sangat gembira kerana saya sentiasa mencuba untuk menang pada tahap peringkat sejak permulaan pelumbaan. Perlumbaan ini mempunyai ramai pelumba pecut. Kemenangan ini merupakan kememangan pertama di tahap peringkat dalam karier saya," kata pemenang pingat perak acara Omnium (trek) Olimpik London 2012 ini.

Tinggal dua peringkat lagi, Coquard berkata beliau perlu banyak membuat peningkatan dalam memecut untuk terus menang.

"Dengan berjayanya misi hari ini dan tinggal dua lagi peringkat, saya fikir pasukan saya akan melakukan taktik yang sama sekiranya terdapat lagi keperluan memecut di penamat," katanya.

Dalam kedudukan keseluruhan, pelumba Colombia, Julian David Arredondo Moreno dari Team Nippo-De Rosa mengekalkan jersi kuning selepas mengumpul 29'31:52S, kekal mendahului hanya 01:15s dengan pesaing terdekat pelumba Belanda, Pieter Weening dari pasukan Orica GreenEdge.

Pelumba pasukan Astana Pro Team, Andrea Guardini yang terus menyarung jersi biru menduduki tempat keempat.

Guardini berkata beliau berada di posisi yang betul di kilometer terakhir perlumbaan sejauh 164.50km itu tetapi ketinggalan dengan hanya 300m lagi untuk ke garis penamat.

"Saya berupaya untuk memecut hari ini, tetapi tiada ruang untuk mendahului. Saya berada di kedudukan ketiga dengan hanya tinggal 500m lagi, tetapi pelumba kedua di depan saya tidak bergerak dengan laju.

"Akhirnya saya tamat di tempat kempat dengan hanya menggunakan 60 atau 70 peratus keupayaan memecut saya. Saya perlu berterima kasih kepada rakan-rakan pasukan saya kerana bekerja kuat untuk membuat jarak," katanya.

Pelumba China, Wang Meiyin terus menyarung jersi merah (saingan bukit) dan jersi putih sebagai pelumba terbaik Asia sejak peringkat pertama.

Dalam kategori keseluruhan pasukan terbaik, pasukan dari Afrika Selatan, MT NQhubeka mendahului dengan mengumpul 88'44:34s sementara pasukan terbaik Asia, Tabriz Petrochemical Team dari Iran mendahuli dengan mengumpul masa 88'53:34s.

Kejohanan peringkat kesembilan akan berlangsung esok dari Pasir Puteh ke Kuala Berang sejauh 123.60km. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan