Leezer Kuasai Peringkat Enam LTdL Meskipun Hujan Lebat

Diterbitkan: Rabu, 27 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pelumba Belanda Thomas Leezer dari Blanco Pro Cycling Team menguasai peringkat enam kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 yang berakhir di sini, Selasa.

Pelumba berusia 28 itu meluru laju ke garisan penamat seorang diri setelah berjaya melepasi kumpulan pendahulu.

Beliau menawan laluan terpanjang kejohanan sejauh 217.50 kilometer itu dalam masa empat jam 33 minit dan 42 saat, hanya 27 saat di depan pelumba Korea Selatan Jung Ji Min dari pasukan KSPO manakala pelumba Poland Michal Golas dari pasukan Omega Pharma-Quickstep di tempat ketiga dengan hanya 35 saat di belakang Leezer.

"Ini merupakan kemenangan profesional saya yang pertama. Saya amat gembira. Saya menunggu saat ini selama lima tahun dan saya mencuba habis-habisan hari ini.

"Saya berjaya melepasi kumpulan pendahulu ini tujuh kilometer sebelum garisan penamat," kata Leezer, yang terlibat dalam satu kemalangan ketika menyertai perlumbaan di Belgium setahun lalu dan koma selama beberapa hari selain mengalami patah bahu.

Sementara itu, rakan sepasukan dan senegara Leezer iaitu Theo Bos, pemenang peringkat pertama dan kedua, terpaksa menarik diri daripada perlumbaan kerana demam serta cirit-birit.

Tiga pelumba yang gagal menamatkan perlumbaan ialah Pierpaolo De Negri (Vini Fantini-Selle Italia), Goh Choon Huat dan Ho Junrong (OCBC Singapura).

Perlumbaan hari ini mencapai kelajuan purata 41.22 kilometer sejam di mana pelumba terpaksa mengayuh basikal masing-masing sejauh 217.50 kilometer serta mengharungi hujan lebat dan keadaan basah hingga di akhir peringkat enam.

Semangat kental dua pelumba pecut Malaysia Mohd Harrif Salleh dan Anuar Manan membolehkan mereka muncul antara peserta tempatan terbaik serta menamatkan perlumbaan di kalangan 10 peserta terbaik.

Jersi kuning kekal milik pakar mendaki dari Colombia Julian David Arredondo Moreno dari Team Nippo-De Rosa namun beliau terpaksa memulangkan jersi merah kepada pelumba China Wang Meiyin dari Hengxiang Cycling Team, yang turut mempertahan jersi putih.

Wang mengumpul empat mata lagi selepas memenangi pendakian pertama di Sungai Piul bagi mendahulu pertandingan 'Raja Bukit' dengan 48 mata, tiga mata di depan Arredondo Moreno.

Sementara itu, perebutan jersi biru (acara pecut) kian sengit antara pelumba Itali Andrea Guardini dari Astana Pro Team, yang memenanginya pada 2011 dan 2012, dan jaguh pecut kebangsaan Anuar Manan.

Guardini mendahului acara pecut dengan 57 mata diikuti Anuar yang ketinggalan 14 mata.

Peringkat ketujuh dari Kuantan ke Dungun dengan jarak sejauh 149.8 kilometer esok menyajikan peluang untuk pelumba pecut itu mendominasi perlumbaan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan