LTdL: Penganjuran Edisi Ke-18 Berjalan Lancar Setakat Ini

Diterbitkan: Selasa, 26 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GENTING HIGHLANDS: Penganjuran perlumbaan berbasikal jelajah terulung di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) berjalan lancar selepas lima peringkat perlumbaan diadakan.

Ketua Pegawai Operasi LTdL Emir Abdul Jalal berkata penganjuran juga berjalan mengikut perancangan asal.

"Paling menarik yang saya perhatikan sepanjang edisi ke-18 ini berlangsung ialah sehingga peringkat keempat kesemua 132 pelumba masih bertahan dan meneruskan kayuhan kecuali pada peringkat lima semalam, hanya dua pelumba tidak dapat menamatkan saingan akibat kecederaan," katanya.

Pada perlumbaan peringkat kelima semalam dua pelumba tidak menamatkan saingan iaitu Jeffery Louder (United Healthcare Pro Cycling) dan Alireza Asgharzadeh (Tabriz Petrochemical Team).

Menurut Emir, beliau turut bersyukur kerana sehingga peringkat kelima tidak berlaku kemalangan besar yang melibatkan pelumba khususnya ketika menuju garisan penamat.

"Pada penganjuran sebelum ini, kita dapat lihat banyak kemalangan besar khususnya ketika melakukan pecutan terakhir ke garisan penamat. Kadang-kadang ada pelumba yang tidak dapat teruskan kayuhan pada peringkat kedua selepas cedera," katanya.

Merujuk kepada peringkat paling panjang pada edisi kali ini iaitu sejauh 217.5 km dari Mentakab ke Kuantan hari ini, Emir berkata perlumbaan bergantung kepada strategi pasukan untuk memastikan pelumba mereka tidak tercicir.

"Perlumbaan akan menjadi lebih menarik apabila pelumba lain akan mencari peluang untuk mengejar pendahulu setakat ini untuk merapatkan jurang masa. Saya lihat akan berlaku 'bunch sprint menuju penamat tetapi pemecahan (breakaway) semasa perlumbaan akan memberikan satu saingan yang menarik," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan