Bos Terus Gah Pada Peringkat Kedua LTdL 2013

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelumba Blanco Pro Cycling Team Theo Bos (kiri) melakukan pecutan terakhir sebelum menewaskan pesaingnya Pelumba Pasukan Astana Pro Team Andrea Guardini (kanan) ketika perlumbaan peringkat kedua Le Tour De Langkawi (LTdL) 2013 dari Serdang Kedah ke Kuala Kangsar sejauh 117.8 KM di Kuala Kangsar, Perak pada Jumaat. Bos berjaya menguasai jersi kuning pendahulu keseluruhan.

-Foto BERNAMA
Pelumba Blanco Pro Cycling Team Theo Bos (kiri) melakukan pecutan terakhir sebelum menewaskan pesaingnya Pelumba Pasukan Astana Pro Team Andrea Guardini (kanan) ketika perlumbaan peringkat kedua Le Tour De Langkawi (LTdL) 2013 dari Serdang Kedah ke Kuala Kangsar sejauh 117.8 KM di Kuala Kangsar, Perak pada Jumaat. Bos berjaya menguasai jersi kuning pendahulu keseluruhan.

-Foto BERNAMA

KUALA KANGSAR: Pelumba berstatus bintang, Theo Bos meneruskan penguasaan jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 apabila menungguli perlumbaan peringkat kedua dari Serdang, Kedah ke Kuala Kangsar, pada Jumaat.

Pelumba pasukan Blanco Pro Cycling itu mengatasi pencabar utama dan juara bertahan Raja Pecut, Andrea Guardini, untuk menamatkan saingan 117.8km dengan catatan masa dua jam, 54 minit dan 48 saat.

Bos, 29, yang menjuarai peringkat pertama semalam, turut mengekalkan jersi Kuning, selaku pelumba terbaik keseluruhan dengan mengumpul catatan masa 6'54:45s, hanya kelebihan 10 saat mengatasi Guardini, pelumba Itali dari pasukan Astana Pro.

"Terpulang kepada strategi pasukan untuk mengekalkan jersi Kuning. Peringkat ketiga esok akan lebih sukar dan harap saya boleh sampai ke garisan penamat pada waktunya," kata Bos, yang merupakan juara dunia lima kali dalam acara trek.

Selain mengekalkan jersi Kuning, Bos turut mempertahankan jersi Biru (Raja Pecut) dengan mengumpul 30 mata diikuti Guardini yang ketinggalan tiga mata.

"Apabila mula melakukan pecutan ke garisan penamat, saya fikir pelumba pasukan Gamin-Sharp berada di belakang saya tetapi kemudian Guardini muncul. Nasib baik saya boleh mengekalkan kayuhan sehingga ke akhir," kata Bos.

Dalam kategori pelumba Asia terbaik (jersi Putih), pelumba China, Wang Meiyin terus mempertahankan kedudukan selepas dua peringkat dengan mengumpul catatan masa 6'54:56s.

Bagaimanapun, kedudukan jersi Putih itu dicabar hebat oleh pelumba kelahiran Terengganu Anuar Manan, yang mewakili pasukan Synergy-Baku Cycling Project, dengan hanya ketinggalan tiga saat.

Sementara itu, jersi Merah (Raja Bukit) bertukar tangan apabila pelumba Korea Selatan, Seo Joon Yong, mewakili KSPO, merampas jersi itu daripada Wang dengan menutip 10 mata pada kategori pendakian di Bukit Sumpitan.

Peringkat ketiga esok melibatkan jarak sejauh 140.7km dari Sungai Siput ke Cameron Highlands dengan cabaran utama pelumba melakukan pendakian di Ringlet dan Brinchang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan