Anuar Sedia Galas Cabaran Bersama Synergy-Baku Cycling Project

Diterbitkan: Rabu, 20 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Jaguh pecut berbasikal lebuh raya negara, Anuar Manan kini bersedia menggalas cabaran dalam edisi ke-18 perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang bermula Khamis ini.

"Selepas saya membuat persediaan selama sebulan bersama pasukan Synergy-Baku di Australia, saya lebih bersedia untuk menghadapi LTdL. Pasukan ini mempunyai kombinasi pelumba-pelumba yang baik, baik pendaki mahupun pelumba pecut.

"Bagi saya, permulaan untuk tahun ini adalah lebih bagus daripada tahun sebelum ini. Saya akan cuba yang terbaik," kata juara 'Raja Pecut' LTdL edisi 2010 ketika ditemui pada sesi media bertemu pasukan Synergy-Baku Cycling Project di Dataran Lang, di sini, Selasa.

Selain Anuar, pasukan itu meletakkan sandaran kepada Rico Rogers dari New Zealand selaku pelumba pecut.

Pasukan yang baru dua bulan dibentuk dan berpusat di Azerbaijan itu, turut membariskan Kirill Pozdnyakov (Rusia), Dan Craven (Namibia), John Ebsen (Denmark) dan David Clarke (Great Britain).

Sementara itu, pengurus pasukan projek Synergy-Baku Cycling Jeremy Hunt berkata walaupun pasukan itu baharu ditubuhkan, sasaran mereka ialah untuk memenangi beberapa peringkat dalam LTdL.

"Walaupun kami pasukan baharu tetapi kami mempunyai penunggang baik. Kami tahu yang kami mempunyai pasukan baik pada LTdL tahun ini, jadi kami berada di sini untuk memberikan cabaran kepada penunggang-penunggang (pasukan) lain.

"Semangat itu sudah ada dan kami hanya perlu berusaha dari sini. Sasaran kami ialah memenangi beberapa peringkat," kata Hunt, bekas penunggang 13 UCI yang pernah membantu pasukan itu mencatat beberapa kemenangan.

Katanya LTdL adalah platform baik untuk penunggangnya mempamerkan kecemerlangan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan