Penganjur Bersedia Untuk LTdL Edisi ke-18

Diterbitkan: Selasa, 19 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Penganjur perlumbaan berbasikal jelajah berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) kini bersedia untuk edisi ke-18 perlumbaan itu yang akan bermula Khamis ini.

"Setakat ini semua pasukan telah tiba di sini (Langkawi) kecuali pasukan Androni dan seorang pelumba daripada pasukan RTS. Antara yang baharu tiba semalam ialah Europcar dan Tabriz. "Boleh dikatakan segala persiapan untuk edisi kali ini telah selesai dijalankan dan kami sudah bersedia untuk menganjurkan edisi ke-18 LTdL," kata ketua pegawai operasi LTdL Emir Abdul Jalal.

Menyentuh mengenai senarai akhir pelumba, Emir berkata mengikut undang-undang perlumbaan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), semua pasukan masih boleh menukar pelumba sehingga mesyuarat pengurus-pengurus pasukan esok.

"Sehingga kini, saya rasa tidak ada lagi pertukaran yang dibuat dan senarai yang kami terima adalah senarai terakhir," katanya. Perlumbaan LTdL akan bermula esok dengan acara kayuhan santai 'Langkawi Hot Ride' dan majlis pengenalan pasukan di Dataran Lang.

"Semua peminat sukan berbasikal di Langkawi dan kawasan sekitar mempunyai peluang berharga apabila berpeluang berkayuh dalam jarak 4 hingga 5 kilometer bersama-sama pelumba yang menyertai LTdL kali ini termasuk daripada pasukan Pro Team.

"Kayuhan santai itu juga akan disertai bekas pelumba kebangsaan tetapi yang paling penting peluang peminat sukan berbasikal bertemu dengan pelumba-pelumba ternama dunia," katanya.

Menurut Emir satu sesi bertemu peminat akan diadakan hari ini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan