Pandela Terima Anugerah Atlet Terbaik SAM 2012

Diterbitkan: Selasa, 19 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pandelela menerima Anugerah Atlet Terbaik SAM 2012 selepas kejayaan meraih pingat gangsa di London tahun lalu.
Pandelela menerima Anugerah Atlet Terbaik SAM 2012 selepas kejayaan meraih pingat gangsa di London tahun lalu.

PETALING JAYA: Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik tahun lalu, Pandelela Rinong menjadi pilihan untuk menerima Anugerah Atlet Terbaik Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada Majlis Anugerah SAM-100Plus-KBS, Selasa.

Aksi cemerlangnya di London 2012 telah mencatat sejarah negara apabila pertama kali acara ini meraih pingat di temasya berprestij dunia tersebut.

Pandelela yang kini berada China meraih anugerah ini buat kali kedua selepas turut dinobatkan sebagai Atlet Terbaik SAM pada tahun 2010.

Sementara itu, Pelumba Moto3 negara Mohd Zulfahmi Khairuddin dikurniakan anugerah 'Out-Do Yourself' SAM-100PLUS atas prestasi cemerlangnya dalam Kejohanan Moto3 Dunia 2012.

Zulfahmi buat kali pertama meraih tempat kedua Moto3 Grand Prix Malaysia sekali gus mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama menduduki petak pertama dalam perlumbaan sama.

Anugerah 'Out-Do Yourself' merupakan pengiktirafan kepada individu atau pasukan yang berjaya melakar kejayaan luar jangka.

Selain itu, Persatuan Skuasy Malaysia dipilih untuk menerima Anugerah Persatuan Dinamik.

Turut menerima anugerah ialah atlet berbasikal negara, Mohd Fauzan Mohd Lufti yang menerima Anugerah Malakoff 'Comeback Athlete Of The Year' serta atlet memanah muda negara, Haziq Kamaruddin sebagai Atlet Remaja Terbaik Anugerah Frenz United.

Bagi Anugerah Kewartawanan Sukan SAM-KBS, wartawan dari The Star, Rajes Paul berjaya mengetepikan calon-calon lain bagi meraih gelaran Anugerah Utama Kewartawanan Sukan 2012.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan