MOM Bersikap Terbuka Tetapkan Kategori Atlet

Diterbitkan: Selasa, 19 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sentiasa bersikap terbuka dalam mengkategorikan atlet ke sebarang temasya sukan termasuk Sukan SEA, terutama bagi sukan tempur yang tidak mempunyai banyak kejohanan utama untuk dinilai prestasi mereka.

Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata syarat itu telah lama dipraktikkan badan induk sukan negara itu dengan menetapkan ramai atlet sukan tempur seperti silat atas tiket kategori A kerana memahami situasi yang dihadapi mereka.

"Ketika saya menjadi atlet lebih 20 tahun lepas, penetapan kategori atlet sudah pun diperkenalkan sama ada penyertaan mereka atas tiket kategori A atau B. Perkara ini bukan baharu.

"Misalnya pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, kita hantar ramai pesilat dalam kategori A dan pencapaian mereka memuaskan. Tetapi kadang kala, prestasi mereka tidak baik dan kita bertanggungjawab kerana kita yang tentukan kategori atlet terbabit. "Kita tidak terlalu tegas (terhadap penyertaan atlet sukan tempur) tetapi mereka (persatuan sukan terbabit) perlu memberi justifikasi penyertaan atlet masing-masing dalam kategori A," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Sieh mengulas gesaan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) yang mahu MOM melonggarkan syarat dalam mengkategorikan atlet ke Sukan SEA, terutama bagi sukan tempur yang tidak mempunyai banyak kejohanan antarabangsa.

Dalam laporan akhbar hari ini, Setiausaha Agung Pesaka Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata budaya sukan tempur tidak sama dengan sukan seperti renang atau olahraga yang mempunyai catatan untuk dijadikan penilaian.

Malah, sukan seperti badminton juga lebih mudah diukur prestasinya kerana memiliki kejohanan antarabangsa hampir setiap bulan. Sebelum ini, MOM memperkenalkan kategori A dan B dalam pemilihan atlet yang layak beraksi dalam sebarang temasya sukan dengan perbelanjaan atlet kategori A ditanggung sepenuhnya manakala atlet kategori B perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

MOM akan membayar semula semua perbelanjaan atlet di bawah kategori B jika mereka membawa pulang pingat emas atau sebahagian daripada kos perbelanjaan jika meraih pingat perak.

Mengulas lanjut, Sieh berkata Pesaka juga perlu mengambil inisiatif dengan menghadiri perbincangan seperti mesyuarat Majlis MOM yang diadakan tiga bulan sekali, bagi memberi pandangan berhubung penyertaan atlet mereka.

Beliau berkata menerusi mesyuarat tersebut, Pesaka boleh mengemukakan pandangan atau cadangan berhubung syarat penyertaan pesilat ke sesuatu temasya sukan dan sebagainya. "Kalau Pesaka beri pandangan, baru kita tahu apa masalah mereka. Saya tidak mahu dilabel bermain politik apabila terus menetapkan pesilat dalam kategori A...begitu juga anggota Majlis MOM yang lain kerana perkara ini perlu perbincangan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan