Faktor Usia Tidak Halang Lilian Intai Kejuaraan Bina Badan Dunia 2014 - Sukan Ekstra | mStar

Faktor Usia Tidak Halang Lilian Intai Kejuaraan Bina Badan Dunia 2014

Diterbitkan: Isnin, 18 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Atlet bina badan wanita, Lilian Tan menunjukkan otot tangannya semasa mengadakan sidang akhbar mengenai kejayaan beliau memenangi pingat emas di Kejohanan Persekutuan Bina Badan dan Fizikal Sedunia di Bangkok, Thailand pada 9 Disember lepas. -fotoBERNAMA
Atlet bina badan wanita, Lilian Tan menunjukkan otot tangannya semasa mengadakan sidang akhbar mengenai kejayaan beliau memenangi pingat emas di Kejohanan Persekutuan Bina Badan dan Fizikal Sedunia di Bangkok, Thailand pada 9 Disember lepas. -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Faktor usia tidak menjadi penghalang kepada atlet bina badan wanita negara, Lilian Tan, dalam mengejar impian merangkul Kejohanan Persekutuan Bina Badan dan Fizikal Sedunia (WBPF) tahun depan.

Walaupun sudah menjangkau usia 41 tahun namun ia tidak mematahkan alet bersemangat waja itu untuk giat melakukan latihan sehingga tiga jam sehari, selama enam hari seminggu.

Lilian berkata usia bukan penghalang untuk mengekalkan kekuatan tisu dan otot kerana otot manusia akan semakin matang jika selalu dijaga dengan siri latihan rutin yang betul.

"Saya amat selesa dengan tempoh latihan rutin pada masa ini dan lebih yakin untuk mengharungi kejohanan peringkat masters WBPF," katanya kepada pemberita selepas menerima insentif sukan sebanyak RM5,000 daripada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, di sini, Isnin.

Selain latihan rutin, Lilian berkata beliau masih meneruskan fisioterapi dan rawatan kecederaan lama di bahagian siku kirinya.

Bagi memulihkan kecederaan lama itu, katanya, beliau tidak menyertai kejohanan wanita dunia di Kazakhstan, April ini. Lilian berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia apabila menjuarai kategori wanita pada Kejohanan Persekutuan Bina Badan dan Fizikal Sedunia di Bangkok, Disember lepas.

Pemegang kad profesional International Natural Bodybuilding Association (INBA) itu kini menjadi perunding bebas kecergasan badan kepada atlet sukan dan individu yang berminat menjalani latihan rutin fizikal.

Lilian mula menceburi sukan bidang bina badan sejak tahun 2006 dan sebelum ini pernah memenangi beberapa kejohanan bertaraf dunia termasuk tempat ketiga pada Kejohanan World Women Model Physique pada tahun 2010. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan