Bunuh Kekasih, Jaguh Pecut Olimpik Dihadap Ke Mahkamah

Diterbitkan: Ahad, 17 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Saat bahagia Pistorius (kanan) bersama teman wanitanya, Reeva Steenkamp.
Saat bahagia Pistorius (kanan) bersama teman wanitanya, Reeva Steenkamp.

JAGUH pecut pada Sukan Olimpik dan paralimpik, Oscar Pistorius dihadapkan ke Mahkamah Pretoria di ibu negara Afrika Selatan pada Sabtu atas dakwaan membunuh kekasihnya yang juga seorang model, Reeva Steenkamp.

Pistorius yang memakai kot hitam berdiri di hadapan Majistret Desmond Nair untuk mendengar pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Beliau kemudiannya dilihat menangis sambil menutup muka dengan kedua belah tanganya.

Pihak pendakwaan berkata jika bersalah, Pistorius boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Pistorius kini masih dalam tahanan reman di sebuah penjara di negara itu sehingga jaminan terbaru didengar pada Selasa.

Susulan pendengaran kes, keluarga Pistorius dan syarikat pengurusannya di London mengeluarkan kenyataan menyatakan beliau tidak bersalah.

"Dakwaan membunuh dipertikaikan dengan sekeras-kerasnya," demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa Pistorius ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Reeva.

Pendengaran kes itu ditunda selama dua jam kerana peguam belanya membantah wartawan tempatan dan luar negara berkumpul di dalam kamar perbicaraan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan