Sukan Sea: Bayar Dahulu Baru Boleh Beraksi - Sieh

Diterbitkan: Sabtu, 16 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pegawai dan atlet yang layak menyertai Sukan SEA 2013 di Myanmar atas tiket kategori B, perlu membayar sepenuhnya kos perbelanjaan mereka sebulan sebelum temasya tersebut bermula Disember ini.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, pihaknya terpaksa bertegas dalam hal tersebut agar persatuan sukan kebangsaan lebih bertanggungjawab dan bagi mengelak MOM menanggung kerugian.

Katanya, jika persatuan sukan kebangsaan terbabit gagal menjelaskan bayaran seperti yang ditetapkan meliputi antaranya tiket penerbangan, penginapan, makanan dan pakaian seragam, MOM tidak akan membenarkan atlet mereka menyertai temasya sukan dwitahunan itu.

Sebelum ini, beliau berkata, MOM bertolak-ansur dengan menanggung perbelanjaan atlet kategori B sedangkan mengikut peraturan MOM, persatuan sukan kebangsaan berkenaan perlu membayar semua perbelanjaan terlebih dahulu sebelum atlet mereka beraksi pada temasya itu.

"Berdasarkan pengalaman lepas, ada persatuan sukan janji hendak bayar balik tetapi selepas temasya, mereka buat tidak tahu. Jadi, kali ini kita bertegas, kalau tak bayar, atlet mereka tidak dibenarkan beraksi," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Sebelum ini, MOM memperkenalkan kategori A dan B dalam pemilihan atlet yang layak beraksi dalam sebarang temasya dengan atlet kategori A ditanggung penuh manakala di kategori B mereka perlu menanggung perbelanjaan sendiri.

MOM akan bayar semula semua perbelanjaan jika mereka membawa pulang pingat emas atau sebahagian daripada kos perbelanjaan jika mendapat pingat perak.

Mengikut rekod MOM, Sieh berkata, terdapat beberapa persatuan sukan yang masih belum menjelaskan bayaran kepada MOM apabila penyertaan mereka ke sesuatu temasya itu atas tiket kategori B dan gagal meraih sebarang pingat.

"Sebenarnya, peraturan ini sudah pun ada sejak sekian lama tetapi disebabkan mereka datang dan merayu kepada MOM, kita dahulukan wang kita. Tetapi mereka mengambil kesempatan daripada apa yang kita lakukan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, daripada 33 acara yang dipertandingkan di Myanmar, Malaysia tidak akan mengambil bahagian dalam acara gusti, kempo dan perlumbaan bot tradisional.

Dalam pada itu, Sieh berkata, jumlah penyertaan atlet Malaysia ke Sukan SEA Myanmar dari 11 hingga 22 Disember ini, dijangka ditentukan pada Julai depan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan