Syafiq Ridhwan Sasar Raih Kejayaan Pada Dua Kejohanan Utama Tahun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain boling elit lelaki kebangsaan Syafiq Ridhwan Abdul Malek menyasar untuk meraih kejayaan pada dua kejohanan utama tahun ini.

Dua kejohanan itu ialah Cabaran Euro Brunswick dari 19 hingga 24 Mac di Munich, Jerman selain mempertahan kejuaraan pada Kejohanan Boling Piala Dunia dari 18 hingga 31 Ogos di Las Vegas, Amerika Syarikat.

"Saya berharap mampu meraih kejuaraan pada dua kejohanan berkenaan, yang dijangka akan turut disertai pemain boling ternama dunia," katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan Kementerian Pengajian Tinggi 2012 malam Khamis.

Mengulas ketiadaan sukan boling pada Sukan SEA di Myanmar hujung tahun ini, pemain tinggi lampai berusia 26 tahun itu berkata beliau agak kecewa kerana sukan tersebut sentiasa menjadi 'lubuk emas' buat kontinjen negara pada temasya sukan dwitahunan berkenaan.

"Memang kecewa sebab boling tidak dipertandingkan pada Sukan SEA tahun ini, namun saya menerima keputusan penganjur dengan hati terbuka," katanya.

Pada majlis itu, penuntut Universiti Putra Malaysia tersebut menerima wang tunai RM10,000 dan sebuah Galaxy Note II 10.1 atas kejayaan beliau meraih pingat emas pada Kejohanan Boling Piala Dunia QubicaAMF di Wroclaw, Poland pada tahun lepas.

Hadiah disampaikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan