Rosalinda Sedia Tabur Bakti Selaku Jurulatih Olahraga

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas atlet lompat bergalah wanita kebangsaan, Roslinda Samsu sedia mencurahkan baktinya dalam sukan olahraga negara selepas mengambil keputusan bersara daripada dunia sukan awal tahun ini.

Roslinda yang bakal menjadi guru Pendidikan Jasmani berkata dengan pengalaman yang ada, beliau dapat memberi tunjuk ajar kepada barisan atlet pelapis kebangsaan bagi memastikan negara tidak ketandusan bakat terutama dalam acara lompat bergalah.

"Saya telah berkecimpung dalam sukan olahraga selama 14 tahun, jadi adalah bagus jika saya gunakan pengalaman untuk melatih atlet pelapis terutama dalam acara lompat bergalah," katanya kepada Bernama Rabu.

Mengulas mengenai barisan atlet pelapis kebangsaan pada masa kini, Roslinda berkata adalah sukar untuk mencari penggantinya dalam acara tersebut, termasuk bagi melepasi had kelayakan ke Sukan SEA di Myanmar, akhir tahun ini.

"Saya bukan ingin mendabik dada namun saya lihat kini tiada yang mampu menandingi rekod lompatan saya (4.40 meter). Saya rasa masih sukar untuk mereka melepasi had kelayakan ke Sukan SEA," katanya.

Ditanya mengenai keputusannya mengundur diri daripada sukan olahraga, anak jati Kuala Nerang, Kedah berusia 31 tahun ini berkata beliau mengambil masa setahun sebelum memutuskan mengenai perkara tersebut.

"Memang sukar, namun saya perlu membuat keputusan terbaik demi masa depan saya," kata graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) ini.

Antara pencapaian terbaik Roslinda ialah memenangi pingat emas pada empat edisi Sukan SEA berturut-turut bermula 2005 di Manila, Filipina; 2007 (Korat,Thailand), 2009 (Laos) dan 2011 di Palembang, Indonesia.

Beliau turut merangkul pingat perak pada Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar serta meraih pingat emas pada Kejohanan Padang dan Trek Asia di Amman, Jordan pada 2007. -- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan