Siew Harap Tuah Tahun Ular Mulakan Perniagaan Steamboat

Diterbitkan: Jumaat, 8 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas atlet powerlifting negara, Siew Lee Chan berharap sambutan Tahun Ular pada Tahun Baharu Cina Ahad ini, akan membawa lebih banyak kejayaan kepada keluarganya.

Siew, 42, berkata beliau mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia sukan pada awal tahun ini kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan steamboat bergerak di sekitar ibu negara.

"Saya harap dengan tuah Tahun Ular saya dapat mengembangkan lagi perniagaan kerana dalam masyarakat Cina, ular mempunyai sifat bijaksana, berfikiran secara mendalam, pandai, praktikal, cerdas, kreatif, belas kasihan dan berwaspada," katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

Tahun Ular yang merupakan bintang keenam dalam zodiak masyarakat Cina membawa maksud 'Tahun Kejayaan' yang dipercayai tahun paling sesuai untuk memulakan perniagaan.

Pemenang pingat gangsa Sukan Paralimpik 2008 Beijing, China itu berkata pada mulanya beliau berasa berat hati untuk meninggalkan dunia sukan, namun demi memperluaskan perniagaannya, beliau terpaksa berbuat demikian.

"Jadi atlet pun dapat duit kerana kerajaan beri pelbagai bantuan lebih-lebih lagi kepada atlet paralimpik namun saya lebih berminat dengan perniagaan," katanya.

Ibu kepada dua anak kembar itu berkata sekiranya ada tawaran daripada mana-mana pihak, beliau sedia mempertimbangkan untuk menjadi jurulatih sambilan kepada mereka yang berminat dengan sukan powerlifting.

Siew pernah mewakili negara pada Sukan Paralimpik Sydney 2000 dan Athens 2004 dan pencapaian terbaiknya sekadar di tempat keenam pada kedua-dua temasya itu.

Sementara itu, atlet ping pong negara, Beh Lee Wei berharap Tahun Baharu Cina kali ini akan membawa tuah dan lebih kejayaan kepada dirinya dan rakan atlet lain.

"Saya harap sempena Tahun Ular, skuad ping pong negara mampu meraih lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa," katanya.

Bekas atlet karate negara, Ku Jin Keat pula berharap Tahun Ular akan membawa lebih banyak tuah dalam kerjaya dan kehidupannya.

Pemenang pingat emas Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China itu berkata walaupun telah bersara daripada arena sukan, beliau masih terlibat sebagai jurulatih separuh masa skuad karate Pulau Pinang.

"Saya akan terus menyumbang pengalaman kepada atlet karate baharu dan berharap tuah Tahun Ular akan memberi lebih banyak kejayaan kepada skuad karate Pulau Pinang," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan