Isu Dana KBS: PSM Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM

Diterbitkan: Khamis, 7 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sedia bekerjasama dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan dana berjumlah RM3.5 juta yang disalurkan oleh Kementerian Belia daan Sukan (KBS), lima tahun lepas.

Setiausaha Agung PSM Datuk Arshad Yahya berkata setakat ini, beliau tidak dapat memberi sebarang kenyataan atau pengesahan berhubung dakwaan itu bahawa beberapa pegawai PSM disoal siasat SPRM mengenai perkara itu sejak minggu lepas.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku," katanya ketika diminta mengulas mengenai siasatan SPRM berhubung cara badan induk itu membelanjakan dana program pembangunan sukan sepak takraw pada 2007.

Arshad juga enggan mengulas mengenai dakwaan Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) bahawa badan induk itu tidak menyalurkan sebarang peruntukan kepada persatuan negeri bagi program pembangunan mereka sejak 2007.

Akhbar pada Khamis melaporkan bahawa SPRM menyoal siasat beberapa pegawai PSM bagi mengetahui bagaimana mereka membelanjakan dana tersebut.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu, namun enggan mengulas lanjut. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan