Sabah Hantar Fabian & Danny Ke Climbathon Gunung Pilipinas Akyathlon

Diterbitkan: Selasa, 5 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sabah akan menghantar pelari gunung utama Danny Gongot dan Fabian Dalmon untuk menyertai perlumbaan tahunan Pilipinas Akyathlon - The Philippines International SKYRACE - iaitu acara mendaki Gunung Ugo di wilayah Benguet di Filipina, Sabtu ini.

Menurut kenyataan Seri Pelancongan Sabah Sdn Bhd, hari ini, Danny akan mempertahankan gelaran kategori wanita manakala Fabian akan melakukan penyertaan sulung pada perlumbaan tersebut.

Perlumbaan tersebut disenaraikan sebagai salah satu lokasi dalam Siri Jelajah Skyrunning Antarabangsa.

Perlumbaan larian sejauh 34km tersebut memerlukan pelumba mendaki dan menuruni Gunung Ugo setinggi 2,162 meter di atas paras laut.

Selain dua peserta Sabah, kenyataan itu menyebut dua pegawai akan turut menyertai delegasi negeri itu iaitu Pengarah Perlumbaan Kejohanan Antarabangsa Mendaki Gunung Kinabalu (MKIC) Datuk Balwant Singh Kler dan timbalan setiausaha penganjur MKIC, Winceslaus Gerald Autine.

Perlumbaan Pilipinas Akyathlon 2013 merupakan perlumbaan pembuka tirai Sirkit Perlumbaan Bukit Asia. Pelumba utama Asia daripada kejohanan tersebut akan menerima mata untuk layak ke pelumbaan Gunung Fuji di Jepun pada Julai ini.

MKIC pada Oktober ini merupakan pusingan akhir dalam siri sirkit Asia 2013. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan